Followers

Friday, February 5, 2010

jangan di paksa..

hari ketiga salji xhenti2 turun.. dari dalam bilik research tgk pemandangan melalui tingkap, rasa macam dok dalam crystal ball cristmas yang bila gocang2 ade benda putih konon2 snow turun tu.. cantik la plak :)
pedulikan semua itu.. hari ni bersemangat betul nak g skolah.. nak sotken (research) bersungguh2 + dgr cite result exam final sem for final year kuar rini.. owyeah.. gila neves nak tau result!! sebenarnya smalam dah tdo macam orang gila.. tdo dari kul 6 bgn tgh malam untuk makan n update blog je.. pastu tdo balik sampai pagi.. hehe.. so rini terbangun awal sedikit lah.. bila bersemangat waja camni rasa nak pakai ala2 military pon ada.. (xdak kaitan kan?)
pergi la sekolah sedikit awal, elok2 bunyi loceng skolah macam cite doraemon tu, zana sampai kat vender mechine untuk membeli secawan kopi susu panas pembuka mood di pagi yang sejuk beku ini.. kira awal la tu, slalu time bunyi loceng skolah zana tgh keringkan rambut lagi taw!! bad bad girl :p eyh, kopi susu panas tu mmg layan kalau minum sambil jalan pastu kat sebelah ade awek comel pakai skirt pendek lari terkejar2 nk g skolah.. rasa kat obesea~ (mengarut!!)
owh ya, suma hanya tinggal angan2 bila sensei cakap result kuar minggu depan sebenarnya.. hampeh!! punya la berkobar2 nak tau result (bajet scorer) tapi jawab exam macam sampah.. piiiirah~ xpe2, mama pasni kalau call jangan tanya zana dapat no1 lam klas ke x oke.. anak mu ni xkne repeat year kira besar rahmat dah.. nak demand2 plak mama ni.. hihihi :) disamping itu, (disamping itu??) smangat berkobar2 untuk buat research tadi pon da terpadam dgn cepat skali.. mungkin faktor cuaca, musim dan suhu turut memainkan peranan penting.. amik kau kne buat program lagi seketul kat atas kepala.. time tu rasa nak macam nak g luar buat snowman pon ada..
dalam hati ada rasa nak anjur contest.. suma orang pon buat contest, tetiba zana pon gedik nak buat jugak.. ntah pape~ tapi xtawu nak buat contest apa.. hadiah mesti cool punya!! kalau zana cakap hadiah dia goodies dari japan, rasa2 ramai x yang nak join?? haaaaa... "servomotor programming contest"!! program sape berjaya buat servomotor tu bergerak, kira pemenang!! bes x idea?? nak join x? nak join x? ahahaha.. senang sket keje sotken (research) zana ni nanti..
wuwu~
akibat semangat yang hilang itu, zana berjalan2 mencari mood.. dan zana rasa nak tangkap gambar ni..
(kepada sesiapa yang tgh makan tu sila halakan mouse anda ke butang X dipenjuru atas sebelah kanan.. sekian, terima kasih..)

jamban cangkung

jamban duduk

ni la jamban2 yang memeriahkan hidup zana kan nippon.. jambanku syorgaku!!
meh nak cita sket pasal jamban aka mangkuk tandas dalam bahasa sopannya kepada korang suma.. nak sebut jamban bunyi kasar, nak panggil mangkuk tandas panjang plak nak kne taip, zana panggil "wiwi" la.. bunyi chomel sket.. :)
ade beza wo wiwi malaya ngn wiwi nippon..
berdasarkan 2 rajah diatas (macam soklan exam x??) rupa bentuk wiwi malaya dan wiwi nippon xjaoh berbeza.. yang membezakan mereka adalah cara penggunaan wiwi tersebut..
bagi rajah pertama iaitu wiwi cangkung, macam biasa terletak diatas lantai dan mangkuknya terbenam didalam simen.. di malaya, secara peribadi wiwi cangkung adalah pilihan pertama zana.. selain mudah menggunakan getah paip/cebok air, zana xperlu susah2 panjat atas seat wiwi dan terpaksa mencangkuk dgn gaya kurang stabil/xselesa semata2 kuatir dgn tahap kebersihan seat wiwi duduk yang berkerak/berkulat etc..
seperti yang sedia maklum, penggunaan wiwi cangkung di malaya adalah ehem2 dihalakan tepat pada lobang wiwi itu, jadi sebarang bentuk benda yang keluar tadi xsempat nak jeling pon, da hilang dari pandangan mata.. nice!! TAPI, tidak di nippon.. penggunaan wiwi adalah berlawan sama sekali dengan malaya.. sebab kat bahagian lobang tu, kalau tgk betul2, tepi dia ade macam bentuk curve ala2 bumbung kat ctu.. nak target ehem2 tepat kat lobang mmg mustahil, takut tersangkut kat bumbung tu nanti.. dan dgn konfidennya, xde sebarang sumber air selain air flush dari wiwi sendiri.. nak cuci pakai je tisu kat tepi tu ye.. wiwi ni zana DON'T like!!
bagi rajah kedua pula iaitu wiwi duduk, ini mmg masyuk!! kenape?? selain seat yang suam2 kuku, sumber pancutan air juga ada.. otomatik lagi.. xcukup dgn itu? amik pengering ehem2 yang di tiup khas dari dalam mangkuk wiwi yang berjaya menjimatkan penggunaan tisu selepas mencuci.. heaven bukan? hanya menggunakan satu jari, dan pelbagai jenis butang yang disediakan di tepi anda (ala2 remote tv la gaya dia) urusan anda akan lebih cepat, mudah dan selesa.. wahahahahaha
kalau rasa nak ponteng klas waktu winter, port utama adalah toilet yang ada wiwi duduk.. da la boleh sandar, panas2 gitu, boleh tertido wo!! itulah yang dipanggil jambanku syorgaku.. eyh, "wiwiku syorgaku" :p
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
balik dari bersiar2, sensei panggil g bilik dia.. ingatkan nak sound zana ngelat time sotken (research), tp dia nak bagi hadiah.. yey!!


ritu dia g tokyo ade keje sket, tringat kat zana, dia bli omiyage (cenderamata) bawak balik.. sangat sedap!! GOMA TAMAGO = sesame eegs?? bentuk bulat2 macam telur, tp bukan telur sebenarnya.. macam kuih bahulu, tp dalam die ade black sesame.. boleh imagine? ape2 lah~


yang paling tinggi tengah2 tu la sensei sotken (research) zana.. saaaaaaaayang sangat kat die!! da macam abah zana kat nippon.. sebab tu g jalan mana2 zana slalu bli hadiah kat dia.. xpenah marah zana yang ske lewat g klas/ponteng klas suka2 ati.. waktu zana saket operation tuuut ritu pon dia yang temankan selain menguruskan hal2 kewanitaan yang xdapat dielakkan.. malu lah~
time kasih URAKAZE sensei!!
(macam die baca je blog ni kan..)
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
semangat waja dress code

white turtle neck long sleeve shirt(unbranded)+army pants(unbranded)+winter jacket(unbranded)+timberland boots+roxy winter hat


ps : gelojoh gila!! pas cakap pasal toilet, cakap pasal makanan pulak kan?? eeeeee~
rasa syukur gila, time2 xde duet ni suma orang murah hati nak kasik makanan.. alhamdulillah :)

No comments: