Followers

Showing posts with label feelings. Show all posts
Showing posts with label feelings. Show all posts

Wednesday, September 22, 2010

sometimes

die cakap jangan emo, tapi ntah la malam ni tetibe emo.. pekes kau zana?

where to spill out all the emotions kalau bukan ke blog sendiri kan?
sometimes rasa penat to fulfill people's desire kan?
sometimes its good for you, but u didn't realize it n u went mad for no reason..
sometimes benda tu macam bodoh, tapi u force urself to think + so that everything won't mess up..
sometimes u do things bcoz u need to, not bcoz u want to..
sometimes u try n try to fit in with a group of people, but at the end of the day, u realize u not born to be one of them..
sometimes u pretend to look good, tapi penat kan hidup berpura-pura..
sometimes u feel like u've already give every thing u can, show how much u love n care, but still nampak macam xcukup kan?

maybe 2months in malaya is too much for me kot..
want to be back to my normal life..
miss my home, miss my bee, miss my bicycle, miss my stud life, miss my friends, miss my housemate, miss my turn to cook, miss my do-ur-own-decision life..
not meaning i hate my friends here
love u guys much, appreciate all those moments together..
but my soul already want to be home
i'm sorry :(

u,
I wish I was your favourite girl.
I wish you thought I was the reason you are in the world.
I wish my smile was your favourite kind of smile.
I wish the way that I dressed was your favourite kind of style.
I'm sorry for not being the person to be proud of
I'm not perfect
I accept all your reason for not liking me
TQ

Thursday, August 5, 2010

lets think about the future

"The original purpose of sex was to trade genes with someone else to create stronger genes in the next generation of babies"
-allan and barbara pease-

mari merenung sejenak apa tujuan sebenar perilakuan yang di panggil sex tu secara am.. xkesah lah bagi manusia ataupun haiwan... kita jangan menyalahgunakan erti sex tu sampaikan kita sendiri lupa erti yang sebenarnya.. sebab tula ade kes buang bayi, kes kelahiran baby xterkawal sampaikan xterjaga anak2 punya la ramai.. ape, ingat sex ni suka2??









teeeeeeeeet.......
sejak bila blog ni jadi blog ruangan kesihatan dan pendidikan sex? ahahahahahahaha.. gila kentang zana nak bagi syarahan bab2 serius macam tu.. mau lingkup habih suma orang.. saje2 je buat gimik.. ye la, kalau korang prasan blog ni dah macam turun naik.. xstabil.. ikut mood tuan dia la tu.. kejap tulis camtu, kejap tulis camni.. zana, tolong la stick ngn satu jenis je.. ok, kita pilih style cool je.. amacam, orait x? (baget cool habeh.. uwek!!)

seperti hari2 selalu, budak zana ni mmg xreti bangun awal.. bukan dia xboleh bangun awal.. boleh je, sbb setiap pagi encik daddy akan masuk je bilik ni jenguk anak dara dia (tolong tutup lampu bilik sebenarnya) dan setiap kali tu la encik daddy akan cakap "ish2 keje tdo je, kate nak kuar.. jadi kuar x?" setiap kali itulah, budak zana akan mengangkat dua jari melambangkan peace dan cakap "xmo la" sambil slimut tutup muka.. bukan dia xsedar.. segala macam orang masuk bilik ni, bibik, adik, ummi, abah, perdana menteri, tentera laut suma menjeguk ke bilik.. ok, sangat hyperbola.. ngehhhngehh..

budak zana ni plak, setiap malam suka memesan kat encik daddy.. "abah, sok zana nak kuar.. hantar zana k.." encik daddy angguk je.. tp mmg ke laut... angan2 belaka.. beliau pon dah paham prangai anak dara dia sorang ni.. dah celik mata awal, saje dipejamkan jugak.. bangun pon nak pegi mana kan.. baek duduk rumah.. boleh jaga kulit kasik puteeh sket.. ye x? hahaha.. so, kepada ibu2 bapak2 yang membaca blog budak zana ni, boleh la buat2 masuk list menantu kowt.. budak zana ni baik sbnrnya, duduk rumah je.. xkuar malam plak tu.. dah la pandai masak.. *apa kaitan?*

ok, tgk cermin blakang, reverse slow2.. xpon boleh buat u-turn depan tu.. jauh dah melencong budak zana oi!! tapi.. tapi.. tapi.. sebelum kita ke tujuan sebenar entry ini ditulis, mari kita tgk gambar ni

wallawei!! eyh2, lap cepat air liur tu.. xsenonoh btul.. ni zana snap khas buat sahabat2 kat jopun nu.. kengkawan kat malaya, xyah buat2 lapaq.. cek sekeh pala satg~

wewiiiiiit kat sizzling lamb chop ni.. harini encik daddy bawak g makan luar.. dah laaaaaaama benor xmakan lamb chop.. macam mana la rasa dia kan? sape tau? sape tau? kena pulak ngn cuppucino ais, mmg terangkat!! sampai2 trus melantak.. encik daddy jeling2 tgk anak dia makan sopan bebenor.. "meh abah rasa sket".. potong cantek2, calit2 sos sket, suap kat mulut encik daddy.. beliau buat muka ketat.. hahahahahahaha

rasa macam hak tuih.. bodoh punya kedai.. rasa macam kunyah arang.. hangit segala.. aduh.. jatuh dah standard tukang masak malaya di mata budak zana ni.. xyah la cakap kedai mana.. nanti tuan kedai baca blog ni, xpasai dia saman.. nak cekau mana duet weyh!! (prasan blog feymes.. lalalalalala) so, pasni kalau nak makan lamb chop, budak zana takkan cuba oder kat mana2 kedai makan selain kat bangsar.. ala, kat uptown lama tu.. ntah betul ke x.. (kamu, sila take note!! :p )

okey2... nak tulis dah ni.. budak zana ni, koje dia membuta disiang hari sebab di malam hari koje dia menyelamatkan dunia.. ala-ala catwoman gitu.. (baget sexy habes.. auwwww~) ok, tpu!! xde2, budak zana ni suka berfikir sbnarnya.. bila xde keje mmg banyak benda dia ni fikir.. bagus budak ni.. hahahaha.. meh la nak cita satu benda yang dia dok main dalam fikiran budak zana ni.. lets think about the future... (baru masuk tajuk.. padahal intro panjang nak mampus!!)

dia ni xde la fikir jauh sangat pun.. sebab dia bukan perdana menteri.. dia asyek fikir pasal benda 2 taun akan datang je.. sekarang dia dah nak masuk 23taon.. (mak ai dah tuo sebeno nye ha) kalau 2taon lagi kira dah 25taon.. dah boleh kawen ni.. teeeeeeeeeet... bukan yang itu la bodoh.. (sambil kipas2 awan angan2 tadi) mac 2012 dia dah habih degree.. dengan kata lain, dia kne pulang malaya slama-lamanya.. enggak mau!! enggak mau!! tolong bapak polisi, saya punya paspot pak!! (blaja ngn bibik la ni) kalau dia xnak balik, samaada dia kne sambung master xpon dia kne carik kerja kat sana.. hmmmm..

kenapa la budak zana ni xmo balik malaya sangat2!! nak kne sepak laju2 ni.. apa kau ingat kau orang jepon? mata sikit punya besar.. xsadar diri punya budak.. tidak2, banyak benda nak kne fikir tau!!

1st, nak balik malaya for good xkan nak balik melenggang je kan? paling hudoh kreta sebijik.. tu dah kira wajibal ghunnah.. nak tunggu bawak balik takuya kimura, kem salam la.. yang iras2 dia pon belum tentu dapat lagi neyh.. nak bawak balik kreta mau pakai duet.. senang cita, suma nya tentang duet la.. duit nak bli kreta, duit nak bayar tax kreta, duit poket buat blagak ngn kawan2 lagi, duet simpanan nak bina masjid (kalau ada yang nak la), duet nak bina new life kat malaya.. haiya, dalam masa satu taun stengah mana sempat ni!! mmg mustahil.. budak2 batch ku, sila take note.. sesape yang dah simpan duet awal2, zana tabik spring kat korang k!!

2nd, balik malaya mesti la mau cari kerja.. xkan nak menganggur kan.. kita buat2 la macam dah dapat keja.. ok, bagus budak ni dah dapat keja.. habis xkan nak duduk kat umah mak ayah lagi? macam mana nak g keje? xkan encik daddy kne hantar setiap hari? kalau ofis area kolumpo boleh tahan lagi.. kalau kat tempat lain? mana nak cari rumah, mana nak cari kenderaan.. carik buleyh cari.. xkan nak soh encik daddy support suma benda lagi? dah tuo buleyh menikah dah pon.. lagipon budak zana bukan orang kayo, cakap itu ini bleh dapat.. macam mana ni??

3rd, budak zana ni balik buat compius ja.. dia bukan tau buat apa pon kat malaya ni.. mau mati kutu jugak.. suka dok buat culture shock kat negara sendiri.. xkan suma family nak tolong tgk lagi.. encik daddy ada baaaaaanyak lagi anak2 kecik dia nak kne tgk.. dalam kata lain, budak zana mmg xbersedia secara rohani dan jasmani untuk pulang malaya.. tengok la, baru balik sminggu dah sebok nak balik jopun.. sombong dia ni..

4th, sok plak la sambung fikir..

eyh2, mana habih lagi.. budak zana kalau membebel mmg panjang.. sebab secara fizikalnya dia ni pendiam orang nya.. pemalu plak tu.. hikhikhik (owh, sangat gedik)

ha, kalau macam tu xyah la balik.. sambung je master.. puan mummy kan sebok2 soh sambung master tu.. tiap kali telefon je, dok sebut2 soh sambung master.. kadang2 PHD pon boleh buat story gak puan mummy ni.. melampau eyh~

xmo ah.. kalau sambung master kne apply schlr sekali lagi.. skang ni bukan senang nak dapat schlr sambung master.. hanya bijak pandai serta intelek yang terpilih saje.. budak zana ni geng2 isi tempat kosong kat klas tu je.. xde2, MESTI sambung master.. nanti puan mummy babab bontot kang!! ye la tu, kalau xde schlr nak bayar pakai ape puan mummy? mau kne prepare duit dari awal.. tu pon belum tentu cukup.. xpasal2 kne buat part time plak dah.. xke siksa badan? nak g skolah lagi, nak buat part time lagi.. ade senior cakap master ni susah jugak.. nak kne g klas suma.. kne g buat presentation sana sini.. kalau kau tu mmg niat nak jadi pensyarah, mmg gila punya suka buat2 kajian ni xpe la.. sila la sila.. tapi kalau kau buat master tu sebab mak kau suruh, xpon sebab suma orang pon buat master kau pon nak buat jugak, mmg kau carik nahas.. same la skang ni.. suma orang sambung degree, kita pon nak jugak sambung degree.. pastu tgk member2 yang bekeje rasa tekanan.. (tapi bagus jugak la amik degree ni, kalau sampai master budak zana fikir dua ratus enam puluh sembilan kali jugak kot)

udah tu, carik a keje kat jopun nu!! ye ye, sape la xmo keje jopun.. poket tebal.. boleh blagak orang kampung plak tu.. ngehngehngeh.. tapi, mau mantap a.. nak bersaing ngn sek2 jopun lagi.. tapi tu je la pilihan terakhir gamaknya.. ehem2.. kne blaja english kasik power banyak2 ni.. boleh blagak ngn set2 jopun nu.. bagi dia bukak bijik mata hat sepet tu.. bahasa jopun pon kne gilap kasik berkilat.. kelip2 mata bagi nampak comel gaya2 maria ozawa sket.. (hat ni paling berkesan kot.. LOL) kompem dapat neyh!! personaliti bagi nampak confident, taun depan pulun sehabis mungkin mintak keje banyak2.. xkire!! kalau dapat, mmg slamat tinggal la malaya.. daku raya tiap2 taon kat nippon makan nasik kepal bungkus rumpai laut la jawabnya (aka onigiri)

yosh!! perlu berusaha.. kawan2 sila doa budak zana ni cerah masa depan.. bagi la dia dapat apa yang dia nak.. baik budak ni.. dia xkacau orang pon..

(ada orang cuba angkat tangan) ye saudari dictu.. ade apa2 soalan? habis budak zana ni xmo balik malaya langsung ke? kerek gila... eyh, sapa kate dia xmo balik malaya.. dia dah cakap tadi dia XBERSEDIA lagi.. tapi kalau tetiba ade orang datang hulur cincin emas tiffany sambil berkata "sudikah awak melengkapi hidup saya?" (mood drama nota cinta.. pegi search kat Utube) tergugat jugak iman budak zana ni.. melompat2 dia balik malaya.. teeeheee :p

ps : boleh jugak dia sesaje bagi fail banyak2 subjek.. pastu extend setaun lagi blaja.. ni kira main kotor a.. nak buat pon malu jugak sebenarnya.. fufufufufufufu..

Monday, August 2, 2010

berazam

pagi tdi dikejutkan ngn call dari no +817578.......
angkat2 ade plak pompuan dok merepek2 bahasa pelik2 kat telefon
lempang2 sket muka, gosok2 mata
hencik master card ropanya
dia bising2 xdapat nak tolak duit dalam bank
wut the fish?
zana dah baget lawa punya simpan duit dalam bank nak kasik dia..
mmg pastu nak sambung tdo xboleh dah la
sapa bleh tdo kalau tau CC dia xleh guna?
ha? sapa? sapa?

mmg menyusahkan, nak kne call bank tanya duit ada brapa la
sapa nak sedut duit dalam a/c sampai tinggal sket suma
da la kne call jaoooh plak tu
bodoh CC ni, mmg bodoh
ni buat hati jadi 75% nak balik nippon ni

a week kat malaya, mulut dah keras nak berbahasa asing
try call hencik I, nak mintak tunjuk ajar sket
mmg tgh tdo lagi, caket.. cian die..
pedulikan..
tq skype, kau mmg berguna
sembang2 ngn makcik bank, mmg duit ilang banyak
how come?
geng sedut duit dapat dikenalpasti
paling buat hati berang, hencik visa sedut lebih2..
2x plak tu.. apekes?

bukak tenet 4 5 kali check data CC
xde plak dia cakap nak sedut lebih
hati makin marah, mata makin segar
jam baru pukul 10
kacau time tdo betul
ringan je tangan nak call hencik master card
tp seb bek bateri kong
layan tdo bes gak
charge bateri dulu, baring2 sambil pk ape jadah nak cakap ngn makcik CC nnti..
ZZzzzZZzZzzz...

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

dah2 g mandi
ape nak jadi..
its time to change
yes we can!

tinggal beberapa hari nak balik alor star
baik explore kl puas2
so, mulai esok saya berjanji akan bangun awal dan mandi
dok tdo tunggu prince charming datang ciom mmg xde la
thinking of getting a new hair cut
hodoh sangat rambut skang..
padan muka, potong sendiri lagi.. senget benget..

ke times mungkin esok!!
jom sapa nak ikut, boleh ikut..
kepada yang xdikenali, jangan ganggu saya..
nanti saya lari balik rumah, ketakutan..
boleh lajak g pavi, tgk muvie sorang2, or cari bahan bacaan..
yosh!
doakan cita2 hari ni xberkubur di katil empuk itu.. :p

ps : pas makan jap lagi, siap kamu makcik CC!! uuurgh~

Saturday, July 31, 2010

it was a super great day!!

wuhu!!
yesterday was superb~
a day full of joy n laughter

amazingly i woke up early in the morning, have 'daughter-father pvt time' till afternoon b4 daddy sent me to mid
excited actually nak jumpa kawan2..
plus, smlam was the 1st time me officially going out from the house..
hahaha

arrived earlier gave me time pusing2 the mid valley alone
quite fun eventho everybody kept starring at me (myb my shoes) :p
seeing the sombong-bongkak face of people who work at kdai2 branded make me want to puke
u just work there doesn't mean u own them.. haiya~
nevermind la..
malas layan

atlast dapat bli new lenses
the one i'm wearing now, nearly 4months
mmg boleh buta mata..
japan sooo susah mau cari lenses
banyak songeh+$$$$ so expensive
n i know my eyes getting worst!!
at nite mmg blur..
pas ni malam2 jalan kne bawak tongkat mayb.. lol!!

cut off the the story
lepas suma sahabat2 sudah kumpul
kitorang g makan kat garden cafe (cause one of my friend said they got the best laksa in town)
bila dah oder, member ni cakap kuah xpekat la.. bila dah petang tuan kdai campur air dalam kuah la.. dia baru makan skali je kat ctu la..
nway zoi, the laksa not bad la klu nak banding do-it-urself laksa ak slalu buat kat nippon
hihi

tgh makan laksa ni, dia buat pasal lagi
nak meatballs pulak dah~
'hang mengidam ka zoi??'
badan kecik, selera besaaaaar
then, off to IKEA

zana dah cakap, jangan ajak snap pics pelik2.. ill spoil them!!
please ignore the guy-tgh-ken**** pose tu
how come la it endup xsopan camtu
hahahahaha

sory kawan2, zana xjoin all the pics around IKEA showroom
maklumla, saya pemalu tau!!
plus zana tgh menghayati karekter seorang pelancong di malaya

somewhere around the curve

to both of u in the pic, len kali bawak ktm tu jangan sesat2 lagi, book parking space siap2..

teacher farah, teach me english please!!!
plus, sory bising2 in ur car..
asyek dgr radio je, bila lagi nak dgr my voice kan.. :p

then, zana teruskn journey dat day with another friend
me n his sweet sis g tgk muvie kat OU
nippon ni bodoh..
i tot toy story 3 ade lagi since dia bru je kuar kt sana..
punya la simpan nk tgk kat malaya
luckly, inception still ade
owh my leonardo dicaprio..
mmg xberkelip mata tgk..
nice muvie!!
habis muvie da dekat2 pukul1
thanx sebab hantar balik!!

so, smlm dgn hangat2 taik ayam konon nk tdo mimpi banyak2..
biar 3 4 layer mimpi
bangun2 da boleh balik nippon
(still dalam mood inception la ni)
b4 tdo, da pk suma nk mimpi mcm mana, sape dlm mimpi tu, nk buat ape
not bad la last nite punya mimpi
tp,
bangun2 baru tghari..
menci..
dah xtau nk buat apa dah ni..
kembali ke bentuk asal

suddenly someone datang umah plak
lg la xmo bangun
mkn2 mee goreng sket
i endup here on my bed, with my lappy atas perut, xmandi (eeeee)
skang ade guruh2 plak
sangat xsuka guruh kilat berbagai ni
nak peluk sape ni?
HELP

Thursday, May 20, 2010

up and down

quick update :

graduated from toyama syosen (diploma)
pindah nun jaoh ke ibaraki (8 hours by car '160km/j' from toyama)
officially ibaraki university student (another 2 years for degree)
live in my own house (wif syaza)
malas2 g klas eventho ade 2 3 ketul je klas satu hari

OMG!!
rasa macam nak story pasal graduation day kat syosen tu..
banyak plak gambar nak kne upload~
malas..malas..malas
next time ok!!

lagipon rini mood xbrapa baik..
ntah la asal..
giving up mungkin..
rasa macam baru lepas kne tampar kat muka..
trus terjaga dari mimpi indah..
sudah sudah la tu tdo terbang2 kat langit..
xke mana kamu..
(tgk, da membebel)

(plot tunggang tebalik, lantak la)
da sebulan lebih jadi budak U
da siap ade exam da (中間テスト)
yang paling xbleh blah, sminggu skolah 6 hari..
mana weekend ku nak baring golek2 sampai jatuh katil?
ooowh~
down!! down!!

rumah zana lawa ooo!!
xsabar nak tunjuk korang ni..
tp lengkap betul2 lagi..
tunggu sebijik kotak yang ade orang cakap2 kat dalam tu sampai..
snap gambar sana cni
tayang kat cni biar berdarah hidung korang!!
haaaaaa

nway, im thinking of searching for a foreign boyfriend!!
serius la ni..
nak mat saleh ke nak mamat mata sepet?
mana nak cari?
anyone help me??!!

Wednesday, February 24, 2010

tahniah ILA!!


ini kawan saya.. nama dia wan nor dalila wan mahmood.. boleh je panggil dia ila.. tengok muka ila pon dah tau ila ni asal dari kelantan.. ye la, orang kate gadis kelantan molek-molek belaka!! seyes.. xtipu!! ila la roomate zana yang cun melecun tu.. alaaaa, yang zana rasa nak pengsan bila tau dia roomate zana kat ppktj dulu tu.. (boleh rujuk : friendship contest) btw, ila ni single mingle pringle :) sape-sape nak masuk line boleh la risik-risik.. xrugi!! ila dah la pandai masak, sopan-santun, manje-manje, comel-comel.. memang lengkap ciri-ciri gadis melayu la weyh!! tapi die ni garang.. tapi garang la bagus, sure anak-anak die nanti dengar cakap.. hihi~

kat cni zana nak ucap tahniah kat ila.. sebab

dia dah jadi orang kedua yang berjaya meng'surprise'kan zana sepanjang 23 tahun hidup kat muka bumi ni.. bravo!! bravo!! clap.. clap..

dari smalam lagi tunggu surat umah dari syaza xsampai2.. katanye pos pakai pos laju, tapi asal xde bayang pon.. macam biasa g skolah lewat pagi tadi.. tgh turun tangga, makcik asrama panggil cakap ade barang sampai.. hah!! kompem surat syaza la tu..

"ade dalam peti ais.. nak bawak g skolah ke?"

aik?? asal anta surat umah pon kne letak lam peti ais? syaza salah anta la tu.. hmmm.. xpon die pos coklat skali kowt.. sambil tunggu makcik asrama g ambil dalam peti ais, zana g la nak sain buku pos tu.. skali tgk ada nama budak busuk dalam gambar tu!! dia buat pasal dah~

tengok la apa dia pos..

xsabar-sabar dah zana, trus bukak kat lab skolah!! seb bek kat lab ade peti ais.. pas bukak-bukak simpan balik lam peti ais.. nak makan sayang plak~

ade karamucho (my feveret!!), snickers (gila lama mengidam), white choc kit kat (tau2 je zana ske white choc~), 2 cuppies (nak soh zana makan ngn sape la tu kan?), ade tupperware bentuk love lagi!! puuurfect dearie~

aaaaaaaa... dalam tupperware tu pon ade lagi!! orang soh g practise presentation, dia g buat cake ngn choc buat hape??!!

dan last skali surat chenta la.. biasa la kami memang romantik!!
dear ila yang cun,

memang ak terkejut!! seb bek xsaket jantung.. ak xberpura-pura oke.. ya, ko berjaya buat benda yang comel, secomel muka ko waktu ko nanges dalam webcam.. ak nak ko sayang ak lebih dari ko sayang orang lain aci kan? thanx jugak kat ko sebab sudi dengar budak prasan rowk ni nanges tersedu-sedu kat telefon.. ko berjaya menyentuh jiwa lembut ak.. tidak!! orang gila je xnak jadi kawan baik ko sampai bila-bila weyh.. dan ak masih waras dan xsegila itu.. jadi ak berikrar dan berjanji (sambil tangan kanan silang kat dada) akan sentiasa menjadi manusia bergelar kawan baik ko sampai akhir nyawa ak.. (peeergh.. jiwang tahap tinggi!!) bila jumpa ko kat osaka nanti kita peluk-peluk sampai guling-guling atas jalan oke.. (ok, ak tpu.. malu kowt~)


ila!! ak takmo makan choc tu.. sayang aaaa~ kalau ko ingat perfume ko bagi tu pon ade lam kotak lagi.. gula-gula pon ak xsentuh lagi.. tengahari tadi ak call ko nak jerit-jerit kegembiraan sebab ak kandou.. tapi cool gila kan ak? buat macam xde pape pon.. gila rowk!! padahal, pagi-pagi buta air mata, air hidung suma dah leleh kat lab.. sumpah terusik jiwa nurani ak.. bukan ak xhargai, cuma no word kan describe my feelings.. (tapi ak membebel kat blog boleh plak kan?).. aaaargh, persetan kan suma itu!!
AKU SAYANG KO ILA!!
sekian..

Tuesday, February 16, 2010

usah bicara tentang jiwa

gila romantis title hari ini.. gosh!!
yaaaaa, bersambung kita ke ruangan kenali budak dalam gambar part2 :p

(tiga tahun lepas, semasa kenduri kawen mama.. tengkolok pau ex-walid punya)

tgk gambar.. diam berfikir..

ganaz x?? ganaz x??
sape buat hal, nanti zana pancung pakai pedang samurai!! haiyak~ zass!! zass!!
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

kawan2 kata zana ni tgk macam ganaz, perangai sengal, mulut bising, muka garang, nampak sombong, buat apa2 pon samseng je.. hmm.. zana pon rasa camtu jugak.. hidup mesti la ROWK!! apa2 pon slumber, nak buat2 chomel, macam xkene je ngan rupa xberapa nak comel ni..

+family zana mmg dari dulu didik zana jadi keras macam laki.. xde manja2.. atuk zana dulu nak cucu laki, tp yang kuar pompuan.. so, dia agak terkilan, tp xde la dia xpandang zana langsung.. sebab mama anak tunggal, zana la satu2nya cucu kesayangan dia.. kemana atuk pergi mesti dia bawak zana ikut sama.. sebab kempunan agaknya, dia slalu blikan baju budak lelaki bagi zana pakai..

see, hari raya zana pakai baju melayu woo!! siap sampin ngn kupiah lagi.. memang lelaki sejati ah :)

owh ya, sepanjang ingatan zana la.. rambut xpernah sempat panjang.. elok rambut boleh tarik masuk mulut je, zap!! kena potong.. (ade habit ske makan rambut dulu2) tapi lama2 bila suma orang da bleh terima kenyataan, zana pon mula la diberi pakaian budak pompuan.. baru la boleh berlagak comel!! HAHAHAHAHA :p

comel x? comel x? miahahahahaha~ buat muka innocent bleyh budak ni!! sekeh kang^-^

apa2 pon, cara nak didik anak2 zaman dulu2, rotan dan tali pinggang tu perkara biasa la kan? degil, melawan cakap mmg rotan chiom bontot!! budak skang ntah rotan tu pebende pon derang xtau agaknya.. tapi abah zana cara dia spesel sket.. lebih ganaz dan extreme!! bila dia naik darah, rotan tu dia kepak2 je sampai berkecai.. dia capai tali, heret zana yang tengah mengamuk tu, ikat kat pokok depan rumah!! teriak melolong la zana kat ctu.. dia xpeduli pon.. pastu dia blah masuk umah.. horror x?? haaaaa~

zana ni pon sampai xlarat nak nanges, mengamuk suma, malu kat jiran2/kawan2 pon ade, lama2 diam sendiri.. bila dah diam, nanti abah datang bukak a tali yang mengikat zana kat pokok tu.. mesti korang xpernah rasa pengalaman kne ikat kat pokok kan?? HAHAHAHAHA.. benda paling xbes bila time kne ikat tu, pakat ramai2 mai dok keliling pokok tgk zana nanges.. ape? nak kne ikat jugak ke?? cis!! xnak makan ubat plak kne ikat kat krusi, sendeng kerusi biar dia berdiri 2 kaki je, mulut zana kne sumbat ngn ubat.. apa lagi!! diri yang suka memberontak ni, menyembur2 ubat tu merata-rata.. piap!! rotan mari.. sadis gile~

kalah tournament taekwondo, nanges2, ngamuk2 kat umah.. tunggu kejap je, uniform taekwondo tu kne cincang ngan kapak!! kalah pertandingan mewarna, nanges2, ngamuk2.. kompem kaler pensel, buku2 pe suma2 kne bakar!! bermacam2 lagi la yang pelik2.. tapi xsampai la tahap kne dera.. hish.. fikir lebih2 plak korang ni~

papa hal, cara didikan abah tu buat zana jadi keras.. jadi survivor.. suma benda boleh/nak buat sendiri.. xputus asa.. berani.. xtakut.. xcepat mengaku kalah.. xnak kalah dengan lelaki.. nak menang je.. suma2 la.. zana plak lebih senang berkawan ngn lelaki kalau nak banding dgn perempuan.. apa2 orang kata pon, jadi xkesah.. xcepat terasa hati.. ntah la.. sebab tu ramai kata zana ganaz agaknya..

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

hakikat sebenarnya, pemegang black belt taekwondo ni (nak enterframe jugak tu!!) muka ja nampak ganaz, perangai sengal.. tapi hati lembut, jiwa leleh.. aiyooooo~ malu cek nak ngaku!! hihi.. ye la, dah nama pon pompuan.. still ciri2 kewanitaan tu ade kan?

zana sebenarnya cepat menanges!! air mata senang sangat meleleh.. especially, bila time zana rasa down, rasa macam nasib diri ni bangang sangat.. time tu, cepat gila berair mata.. kadang2 benda simple pon nak nanges.. tapi masalah timbun2 macam sekarang, xrasa nak nanges pon.. rasa nak gelak kuat2.. rasa nak marah ade la.. susah la plak nak terang macam mana..

contoh, 1st year sampai nippon.. g bank.. makcik bank cakap jepun laju nak mati.. blur.. soh dia cakap omputih dia xreti.. time tu rasa diri sendiri bodoh dan bangang gila!! air mata mengalir kat bank tu jugak.. xmenyempat-nyempat balik asrama da nanges.. xmalu betul!!

contoh 2, 1st year kat nippon.. tetiba kne duduk depan skali dalam kelas.. budak seblah plak sombong.. bukan nak tego zana.. dah la zana alergic gila dok kat depan dalam klas, pastu rasa macam budak seblah dok mengata2.. sepanjang hari sambil blaja lam klas tu dok nenges je keje.. xde la teresak2.. cuma air mata mengalir xhenti2.. kesah apa sensei kat depan.. last2 dapat tukar dok blakang sebab sensei kesian keje dok nanges je lam klas.. bangang kan?

contoh 3, time family ade masalah.. zana sebagai anak sulung xdapat nak buat apa2.. di luar kemampuan diri.. benda xdiingini berlaku depan mata.. zana just boleh tgk dan lalui je.. rasa diri sendiri bangang dan xberguna.. menanges lagi :(

contoh 4, time putus chenta.. eyh, ni bukan suma orang pon nanges ke? normal lah kan?? hihi v(^-^)v

ade jugak yang cakap, zana ni sebenarnya manja.. terutamanya, pada yang tersayang.. ye ke? xpasan plak.. manja macam mana tu? myb sebab zana sayang dia, zana nak dia rasa special!! lain dari kawan biasa.. nak romantik2 aje.. gatai!! leleh la kau zana~ tu pon nak prasan ROWK!!

nak tau betul ke x, manja macam mana, mari la kita berchenta..

lalalalalala~

nah, chioman kasih sayang buat suma pembaca blog .. MMMUUAAX!! \(^0^)/
korang mmg bes sebab baca blog zana yang merapu-meraban ni..
zana ROCK tau!! yeeeeargh~

ps : baru2 ni je blaja pakai macam pompuan sket.. dah besar dah.. dah pandai rasa nak jadi pompuan cantik :p dulu seyes rasa nyesal jadi pompuan.. rasa macam nak buat pembedahan jadi laki pon ada.. (tobat!! tobat!!)
korang suke yang mana??

saya xcukup comel

ok, penantian sudah tamat... mari kita bilang berapa bijik choc zana dapat valentine 2010!!
jeng..jeng..jeng

1


2


3

4


5


6


7

eh banyaknya!!

8


9


10


yup!! 10 ekor hamster tgh buat muka kesian tgk tuan dia sebab dah 2 hari xbagi makan.. berlapo la kome, haku xde duwet nak mencekik, nak kasik kome melantak.. xde masa okey~

eyh, tgh kire ape ntah tadi?? chocholate ek? mana ada dapat choc pon.. sebijik pon xde.. pembalut choc pon xnampak bayang.. m(_ _)m

"tomochoco" pon xde, apatah lagi "raburabuchoco".. kasihan zana.. mungkin zana xcukup comel lagi untuk menerima walaupon sebijik choc pada hari kekasih.. terima hakikat..
senyum macam zara :)

belek syiling dalam dompet, raba2 brapa banyak ade, cekup sebanyak mungkin, jalan g kedai kek..
"ini, today's special!! sempena valentine"
angguk kepala, bayar duet, balik bilik, snap gambar, makan dgn xde perasaan, tdo..
zzzzzzz

happy valentine's day ZANA :)

ps : mungkin kne tunggu "white day" baru dapat choc kowt? BERANGAN!!
mungkin juga sebab zana pakai seluar dalam semalam :p

tomochoco = choc diberi dengan niat berkawan
raburabuchoco = choc diberi dengan niat bercinta/nak ngorat/nak goda/nak ehem2.. WTF

Monday, February 15, 2010

masalah problem


korang kenal sape gadis dalam gambar ni?
korang rasa dia macam mana?
nampak macam bijak? gedik? sexy? cute? mengada-ngada? pemalas? sengal?

hmmm~ mari kenali dia serba sedikit.. jom masuk dalam kepala dia tgk apa dia sedang fikir..

bila pulak ade pokok bunga dalam kepala zana ni?? yang blah kiri tu kuli2 tgh bekerja keras fikir pasal research.. ade yang mengelat dari kerja!! xlama lagi xde dah main layang2, melukis2, main2 tenet, update blog suma ni.. space blah kanan tu bakal jadi hutan.. kne renovate space blah kiri tu bagi luas sket.. nak kne hire ramai kuli lagi nampak gayanya~ huh!!

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

ok sudah lah merepek!! xde motif pon!!
cuma nak kongsi ngn korang masalah problem zana je.. masalah problem?? ape tu "masalah problem"??

bila problem korang tu ade masalah, tu la nama dia "masalah problem".. xpon, problem/masalah korang banyak sangat sampai bertimbun2 dalam satu masa, suma nak kne settle masa tu jugak, sampai semak kepala hotak korang, tu pon "masalah problem" jugak.. boleh terima?? pape je lah~

kalau nak di fikirkan masalah, suma orang pon ada masalah kan? bising je zana nih.. mana ade time xde masalah.. ape2 je boleh jadi dalam hidup ni.. tapi nape sekarang ni suma masalah nak datang? nape sekarang? tunggu la sat.. sila ambik no, beratoq, nanti no dah panggil baru mai.. uuurgh~

FEB ngn MAC taun ni mmg menguji kesabaran.. SANGAT menguji!! final exam (over), research, thesis, final presentation, graduation day preparation, nak urus hal2 rumah, carik penjamin umah, urus hal sambung scholar, hal masuk U, isi borang itu, isi borang ini, pindah barang dari toyama g ibaraki, kemas bilik, packing2 barang masuk kotak, renew visa, tukar maklumat diri, mama datang nippon, bayar umah+U.... pastu tetiba plak bee rosak!! deym~

dah la xdapat scholar untuk bulan 4 nanti.. time2 banyak pakai duit, time tu la JPA xnak kasik.. time ni jugak, bee nak rosak banyak2!! time ni jugak nak kne bayar itu ini.. boleh bayang x betapa serabut nya otak zana ni?

berdasarkan kiraan tarikh lahir oleh pakar psycology, zana ni seorang yang confuse, emosi kelam kabut, cepat hilang focus.. mmg xbagus.. zana xboleh diberi pilihan.. zana hanya boleh terima arahan.. lemah betul kan? pastu benda2 simple mmg zana xleh handle.. sebab tu zana slalu kena buli.. slalu buat benda bodoh.. ape daaaaa~

cth terbaek, hari ni tgh buat reasearch yang serabut otak sebab terkejar2 nak antar thesis minggu depan + final presentation 2 minggu lagi, tetiba.....
"shazana san? yamashita san desu.."
panggilan hangit sudah tiba!! khabar berita dari bee sudah mari.. bla bla bla.. dari hal pemanas rosak, melarat2 macam2 plak rosak.. hamboi!! kalau nak repair suma mau 15man (rm5ooo++) nak rompak bank mana ni?? tu baru yang PERLU repair.. belum masuk list yang bila2 pon boleh repair.. sapa nak jawab?

dengan emosi yang kelam kabut ni, mulala glabah.. fikir macam2.. dia tanya plak, macam mana? nak buat suma2 ke? ke nak buat ikut baget 1oman 以内(below rm3500)? tapi kalau buat ikut baget, takut jadi pape kat enjin.. haaaaaa.. mula la confuse!! xdapat nak buat keputusan.. zana pon mintak dia bagi masa berfikir..

pompuan, kalau keta rosak, mula la gelabah.. betul x? betul x? sebab tu mekanik ske kapak pompuan bila pompuan bawak keta g bengkel.. suma benda pon kata rosak.. si pompuan ni plak, dengar rosak je, suma nak repair.. suma nak ganti baru.. takut pape jadi tgh2 jalan nanti, gelabah tatau nak buat apa.. harga repair2 ni pon bukan nak tau kan? kne tpu sesaje la..

ok, mula berfikir.. berfikir..berfikir.. aaaaargh!! xleh buat research dgn tenteram.. itu xkne, ini xkne.. dalam kepala dok terfikir hal kereta.. dah hilang focus!! sape soh dia bagi pilihan? kan da xreti nak decide.. ikut hati mmg nak tukar suma2.. tapi duet nak dapat mana time2 cam ni? nak buat keputusan sendiri, takut salah.. benda simple mmg bangang sket.. nanti nyesal plak xsudah..

capai iphone, call suma zana punya BFF tanya pendapat.. suma2 pon xbrani nak buat keputusan.. tapi majoriti menasihatkan soh buat yang below rm3500 tu.. yosh!! buat yang below rm3500!! tapi, nape still xpuas hati.. still risau.. still xcall orang tu cakap keputusan.. hmmm~

capai iphone lagi.. "kak jart, camne ni? ....bla..bla..bla...." kak jart cadang xyah buat suma2 tu.. buat gila basic je.. huh? masih xpuas hati.. sambung buat research.. sambil tekan keybod, kepala melayang2 ke tempat lain.. macam mana ni? macam mana ni?

"zana, xyah buat suma tu.. repair pemanas je sudah.. pemeriksaan keselamatan ritu buat cakap xde masalah kan? buat apa nak tukar2 suma2? buat lain2 kali.. tempat lain boleh dapat murah lagi rasanya.."

baik tuan. arahan diterima!! trus capai iphone call yamashita san, cakap repair pemanas ngn tukar minyak hitam je.. rabu ni pog ngn kak jart tolong g jenguk2 bee kat workshop.. trima kasih pog sebab bagi arahan.. zana trus confiden nak buat keputusan.. trus boleh berfikir dengan waras..

ye la, kalau waktu buat pemeriksaan keselamatan ritu mekanik hensem kata xde masalah, cuma kne tukar minyak hitam je, kira selamat la kereta zana untuk dipandu.. ape kes plak nak kne repair banyak2? maybe mmg ade rosak, ade kena repair.. tapi boleh kot sabar jap 2 3 bulan lagi.. nak kumpul duit dulu, pastu tukar/repair sket2.. kan??

hish.. tu pon xleh fikir.. simple kan? mmg zana alergic dgn "pilihan".. cepat confuse, emosi kelam kabut, trus xleh fikir dgn waras.. susahnya~ tapi kalau bab2 nak nasihat orang, tolong dgr masalah orang lain, reti la plak!! aiyo~

complicatednya budak dalam gambar tu.. susah nak jaga btul!!


ps : sila bagi arahan.. jangan bagi pilihan.. hmmmm, kawen nanti harap2 xde masalah pilihan bakal suami.. HAHAHAHA

Sunday, February 14, 2010

V day cara jepun

hari ini kita bersiaran langsung dari lab research ya kawan2.. choti-choti pon kne g skolah.. berkepuk dari kul 9 pagi sampai kul 9 malam.. cukup 12jam!! yeargh~ apala naseb di hari valentine nih :( tapi bagus jugak.. daripada meratap sedih pilu xberteman di bilik tu, baek sibuk2kan diri buat research.. ye x??

14/2 = hari kekasih a.k.a valentine day
ade sape2 dapat coklat ke, bunga ke? waaaaah.. jeles eyh!!

tahukah korang V day kat nippon ni laen benor.. hari berkaseh sayang derang bukan hari ni je tau.. 14/2 = boipren day.. manakala, 14/3 = gelpren day.. got it? kalau 14/2 orang panggil 'valentine day'.. 14/3 derang panggil 'white day'.. langsung xdak kaitan antara satu sama lain.. valentine <---> white.. xngam langsung kan? red <---> white .. ni baru sedap sket!!

lantak p kat depa lah.. yang penting choc dijual dengan banyak sekali di merata2 tempat!! murah plak tu.. ropanya, lelaki nippon ske makan choc!! (do take note) macam2 rupa bentuk choc boleh jumpa season ni.. dari awal bulan 1 lagi derang dah semangat meniaga choc..

tapi, stakat bli choc kat kedai astu sorok bawah meja boipren konon2 nak kasik surprise, xcukup romatik a.. sebab boipren tu bukan dapat choc dari awek dia je.. yang ramai peminat kompem2 xmenang tangan pegang choc arini.. so, nak menunjukkan kasih sayang chenta abadi, 90% pompuan nippon akan buat choc kasik kat boipren.. buat choc ke? mungkin lebih mudah dipanggil mencairkan choc dan buat semula dalam bentuk lain.. agak pelik bunyi disitu.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

yosh!! mari belajar cairkan choc dan buat semula dalam bentuk yang lain :)
gedik gila!! mood baget orang nippon sudah kembali^-^

(1) sila sediakan bahan2 seperti dalam gambar dibawah.

plain choc any flavor, 生クリーム(fresh cream?), gula2 sebagai hiasan tambahan :)

(2) potong plain choc tadi halus2.. lagi halus lagi bagus.. senang dia cair nanti!!


(3) masukkan freash cream dalam bowl kecik, dan bowl kecik tu masuk dalam periuk yang airnya tgh mendidih.. biar sampai suhu freash cream tu 60°c


(4) kuarkan bowl yang ade fresh cream tu dari periuk air mendidih.. masukkan choc yang dicincang halus tadi tu.. kacau sampai sebati/choc tu cair


(5) masukkan bowl yang ade fresh cream ngn choc tadi dalam bowl yang ade ais.. kacau dan kacau lagi sampai kelikatan dia sama macam kelikatan mayoniese


(6) tuang choc ke dalam bekas adunan.. dan buat la bentuk sesuka hati.. tunggu sampai separuh keras, boleh la hias dengan gula2 yang beraneka warna dan bentuk.. lagi chomel lagi bagus
d(^-^)b


1



2



3



4



5



6



7



8



9



10




SIAP!!



eyh, mana gambar choc comel2 yang dah siap?? hehe^-^
xsempat nak beku lagi zana dah makan.. xtahan bau choc yang enak lagi berkrim itu.. SORRY!! zana buat untuk diri sendiri je.. maklum la, xde boipren~ HAHAHAHA

naseb baek xde boipren nippon.. kalau x, sure2 dah kne tinggal!! xpon kene ketuk pale sebab buat choc makan sendiri2.. dah a xcukup chomel p(~_~!)q

owh ya, choc sahaja mana cukup!! hari ni comfirm suma hotel fully booked.. zana check td :p syukur, zana rakyat malaya.. jadi pompuan nippon dah la susah payah buat choc, pastu kne hentam plak lagi.. aiyoyoooo!!

biar la mereka dengan adat budaya mereka.. yang elok kita ambil, yang buruk kita campak laju2 dalam laoot~

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

sempena hari kekasih ni, zana nak tujukan lagu ini buat kekasih2 hati kat luar sana.. to my BFF, thanx sebab sentiasa disisi zana sepanjang masa!! sayang kalian suma.. to pembaca2 blog zana, tima kaseh.. korang mmg best!!MMUAHX!! chiom sket kat pipi :p

amaran : kalau dengar sket tu dah rasa mual2, meloya tekak suma.. sila gerakkan mouse anda ke penjuru atas belah kanan yang bertanda X.. sora zana xsedap, sebab tu xg ujibakat AF7!!
BHAHAHAHA \(^o^)/


ske sangat lagu ni.. sejak dua menjak ni asyik dok nyanyi2 lagu ni je.. sorry a, time rakam ni nyanyi2 sambil sikat rambut.. sound quality pon teruk.. dah la nyanyi xsedap.. aaaaaa~

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

CHUCK dearie,

happy valentine day.. gomen a xdapat sambut valentine same2.. t zana hantar choc ek^-^

gedix yang tamannei!! HAKHAKHAK :p

ps : rini kasik choc dua bijik sorang kat bebudak lab ngn sensei.. suma happy!! zana pon happy!! clap!! clap!!

Tuesday, February 9, 2010

mahu

mahu tunjuk gambar paling cantik pernah zana snap guna iphone 3G..
zana rasa cantik sangat macam kat awangan..
rasa nak jilat2 ais atas pokok tu.. macam sedap :)

mahu tunjuk betapa tebalnya salji hari sabtu hari tu..
pegi skolah kne rentas salji tebal sangat.. basah habis sluar..
tapi seronok!! sebab salji tu lembut2 je :)
nanti kat ibaraki ade ke lagi salji macam ni :(
sedih pulak bila fikir.. mesti rindu suasana kasut, stokin, suar basah..
mesti rindu nak pakai boot getah jalan2 atas salji..
mesti rindu rasa sejuk2 salji jatuh atas kepala :(

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

perut lapar..
mahu makan yang ni..
kat cni xde.. kat mana nak carik macam ni?? :(

nak letak kangkong banyak2!! please~

kids, don't do this at home

ni la jadinya bila orang lain tulis thesis dah nak siap, masing2 sebok dok hafal skrip presentation, yang dah hooray tinggal nak grad je pon ade.. maka tinggal la zana terkontang-kanting bertungkus lumus membanting tulang empat kerat membajak sawah menghabiskan sotken(research) yang tinggal xsampai sebulan lagi.. aaaaargh!!!

ku hangkut segala kotak punca kuasa elektrik seberat 10kilo beras, oshiloskop pekejadah, motor2, litar2, wayar2 etc masuk bilik tdo.. tinggal komputer ngan ekon bilik research tu je zana x tapau bawak balik.. puas hati zana..huh!!

selamat datang ke makmal rahsia zana.. miahahaha.. semak samun lalang-lalang suma xde masa nak tebas.. sila abaikan kotoran dan kuman2 di sekitarnya..

thanx to tecnology masa kini, sekarang zana boleh berhubung sambil belajar secara online dengan bakal electric engineer yang banyak membantu zana menyelesaikan permasalahan yang mengganggu tidur malamku.. huhu~


ila sensei dan nik sensei.. arigatou.. zana akan berusaha bersungguh2 malam ni.. susah payah zana pikul benda jaddah ni, biar berbaloi.. sebab sok nak kne angkut masuk lab balik!! KUSO!!

rasa nyesal lak amik sotken (research) seigyo (control system).. kikai(mecanical) kne mantap, programing kne terer, denden(electric) kene power.. mati ah~

ps : benda2 di atas adalah dilarang sama sekali dibawa keluar dr bangunan sekolah.. asrama kira bangunan skolah jugak ape??

Wednesday, February 3, 2010

bila wang mula berbicara

(amaran tegas : post ini mengandungi perkataan berbaur carutan.. tidak seswai untuk bacaan kanak2 bawah 15tahun)

bangun pagi, tgk luar tingkap.. KUSO!! (carutan pertama)
salji turun lagi!! aaaaargh~
bagi diri yang xde mood nak main snobod taun ini, salji adalah satu benda yang membencikan..
selain kaki jadi kebas2 basah dek kne cairan salji kat tanah, plan nak g bank rini pon mcm nak kne cancel je..
smalam dok elok2 panas terik, tetiba turun pulak cik salji ni.. g turun kat area tokyo sudahlah!! kasik derang rasa plak.. aaaargh!! rimas!! rimas!! semak!! semak!!

zana paling xsuka bila duet bukak mulut!! MENYUSAHKAN!!
seb bek la duet ni sekeping kertas atau sekeping timah/besi
kalau dia manusia la, mmg makan penampar dah.. bising je.. itu duet.. ini duet..
deym!! (carutan kedua)

mmg perasaan berbunga2 bila da nak grad ni, tapi bunga itu tlah menjadi bunga tahi ayam bila difikirkan jumlah duet nak kne bayar masuk U ni.. xkira duet masuk umah lagi.. babs!! (carutan ketiga)
duet nak pindah barang, insuran umah, renew visa, nak mula hidup baru, buku baru nak kne bli.. fcuk!! (carutan keempat)
derang ni pon nak kasik hadiah kat sensei umah banglo ke hapa, sorang nak kutip sampai 5000yen?? (rm180++) bayangkan lam klas tu ade dekat 40orang.. kalau sensei nanges xkuar air mata darah time grad nanti, mmg zana cucuk mata dia macam kasim slamat.. hahahaha

ooooh, banyaknya nak kne setle b4 basuh kaki masuk umah baru.. da buat check list.. sangat panjang!! rasa rimas, mluat, nak muntah pon ada.. susahnya jadi orang dewasa.. itu nak kne buat, ini nak kne buat.. t klu balik malaya lagi banyak nak kne bayar.. cukai pintu, cukai tanah, cukai jalan.. kalau kawen ade anak plak, nak kne daftar anak g skolah, bli buku text anak2, mesyuarat PIBG.. menci menci menci jadi orang dewasa!! nak stay jadi baby dalam buaian ah camni.. lapar je nanges.. japg dapat la susu.. nak berak pon xpayah g toilet.. syok nye~

walaupon salji turun renyai-renyai? zana degil jugak g bank.. nak bayar duet ain.. lama dah tangguh.. xbaik wo.. maji gomen sangat2.. ampun!! ritu sebok exam, skang da tinggal sotken je, skip jap kayuh beskal 35min g bank.. bodoh punya tempat!! bank pon jaoh nak mampos.. even bahaya naik basikal tgh salji, nak harap g bank jalan kaki, mau 45-50min jugak.. sampai2 da rupa snowman.. shi*!! (carutan kelima).. ondaway balik sempat snap sedikit gambar..


laut-pasir-salji
(kat tempat lain xkan dapat gambar ni)


a ride to remember

seb baik xtertonggeng kayuh beskal.. sejuk mmg xbleh nak describe a.. sampai je bank xleh trus g atm.. touch skrin atm tu xdapat kesan jari zana.. iphone pon xdapat guna.. tetiba rasa cam hollowman.. hikhikhik

lepas di campur tolak darab bahagi, zana perlu survive 3minggu ni dengan berbekal kan duet 3000yen.. which mean, seminggu 1000yen.. no ayam, no sayur, no fruits.. makan benda basic sudah.. korek2 barang yang abah anta dr malaya dulu, insyaallah boleh hidup lagi.. jangan sampai zana nampak hammy2 dalam sangkar tu macam sedap digoreng sudah!!
bukak page forever21 pon hanya boleh melihat2 sambil mencarut2 dalam hati.. papan snobod+kasut+baju da bleh bungkus.. perut pon tolong diam, zana tumbuk kang!!

kumori sora
(tiru doink!!)

kesian kan , orang tu xkesian pon.. time die susah kite tolong.. pastu dok buat susah2 slalu.. sampai kesudah~
金を返してよバカヤロゥ!!
(carutan terakhir)

sekian dulu post carutan hari ini

ps: zana cuba mempelbagaikan jenis carutan supaya korang xboring dgn carutan zana.. HAHA.. bodoh!!