Followers

Showing posts with label dress code. Show all posts
Showing posts with label dress code. Show all posts

Monday, June 14, 2010

supra society

yey!!
my 1st supra arrived today!!
bayangkan oder 9/6 malam, 13/6 pagi dah sampai depan pintu..
cool kan?

owh, fresh from US!!
im totally happy today :)

juz imagine how many time i'd screamed today
excited!! excited!! excited!!
bodoh kan?
xkesaaaaah~

and there goes my ¥16000++
thanx to mr master card, now this supra is mine!!
all mine!!
ahahahahaha

harini, punya la excited nak pakai my new sneakers, g jejalan menjelajah bandar hitachi
malangnya, bandar hitachi sangat menghampakan
niat nak g cari starbucks sebab da lama craving for "white choco mocha frappuccino" or "java chip frappuccino"
mengikut logik, depan eki(station ketapi) 4 sure ade starbucks rite?
haram satu habuk pon xnampak + the worst thing is mcd pon da gulung tikar kat ctu
OMG!!
tp, thank god baskin robbins still ade.. sebijik pon jadilah.. FUH~
ni yang rasa nak balik toyama ni..
y with this bandar?
common la, nama bandar da sedap..
"HITACHI" = japanese multinational corporation specializing in high-technology and services
sape xpenah dgr hitachi mmg tpu la..
uuurgh~
malas dah nak letak high expectation dah kat bandar ni
da la bau sangat la bes..
rosak sel otak oo hari2 bau 'semen' which comes from this one kind of pokok
bodoh gila tanam pokok yang ade bau macam tu serata bandar
turun ketapi je da boleh bau...
ur car, ur baju suma ade bau tu je.. geli gila!!
tu la "bau pure ibaraki" HAHAHAHA
tuhan je yang tau..

ok back to the story

nice color kan?
nice design too!!

kasut supra society ni dah lama dalam wishlist since taun lepas.. xingat bila
tp time tu duit gila sengkek
nak prepare duit rumah lagi, duit masuk U lagi
(xbermaksud zana kaya raya skang ok)
nway, besides this color, zana still aim other 2 colors
rose gold n blue
korang bleh la google klu korang berminat ng kasut jenis ni

n here are some of the colors from supra TK society

mr idris got two supra society (grey n white)
tgk dia pakai buat hati terbakar nak angkat satu

pernah tgk video ni?

noticed that justin bieber pakai purple supra TK society and gold blue supra skytop II
xmenahan!!

i know supra skang da banyak ciplak
so beware dari bli yang xori la ye
syukur mine is not

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

excited dress code

hello kitty limited edition tshirt (hard rock cafe, osaka) + unbranded short + supra TK society high cut sneakers

Saturday, June 12, 2010

welcome to our house :)

slamat datang ke rumah ZANA & SYAZA

berlokasi di ibaraki prefecture, hitachi city, ayukawa town
nama apartment kitorang sangat la macho
'MER-CHAMPS II'
macho x? macho x?

baeklah~
jom tgk umah kitorang!!

masukla, panas kat luar tu.. jangan lupa bukak kasut ye~

duduk2 la dulu.. buat macam umah sendiri ye.. nak air sirap ke, air teh?

owh, bukak la tv tu.. tgk la cite yang korang ske.. umah kitorang pakai hikari tv.. nak main tenet pon boleh ha..

eyh, korang nak air sejuk ke panas? lupa plak.. nak pape amik je la lam peti ais tu.. jangan malu2 ye..

nak keropok x? jap g kitorang goreng kropok k.. makan kropok sambil tgk muvi best jugak kan?

jom a naik atas tgk bilik zana plak!! hihi

kat tingkat atas ade bilik syaza ngn bilik zana..

kortang bleh tgk bilik zana je tau.. ye la, ni blog zana xkan nak letak bilik syaza plak.. marah dia nanti..

bilik zana kecik dari bilik syaza.. saje malas nak bilik besar2.. bilik syaza ade beranda.. takut a malam2 kang tetiba pintu beranda terbukak, masuk vampire gigit leher kang.. haaaaa~

tema bilik zana simple n elegent.. accececece~
basicly, zana pilih kaler hitam putih dan pink..
tu la medal2 yang zana menang main badminton kat nippon ni.. (riak la plak)

satu2 nya sumber cahaya dari luar.. tapi bila tutup langsir hitam tu, pasang lampu kaler merah, nyalakan lilin2 wangi tu, romantik jugak :p

katil kesayangan, balik skolah mmg sedap landing cara back flip lompat atas katil ni.. haaaaaaaa~

closet yang sangat besar!! sumpah suka gila!! lagi besar almari, lagi banyak baju nak bli.. hahahaha~

dah2, penat dah jalan2 satu umah.. ade lagi part2 xtunjuk lagi.. masih under construction ye~
amacam?
lawa x umah kitorang?
tema umah kitorang PINK!!
geli2 jugak kan?
hahahahaha

nway, umah kitorang sangat la besar, tapi berbaloi gila la.. sewa umah sebulan 75000yen..
cutting 2, kira murah jugak la..
letrik, air, gas saket jugak la..
tapi xpe, bil dua umah cutting 4 plak..
xrasa sangat..
bilik zana 6.5jyo, bilik syaza 8jyo
living 12jyo, ade kitchen+kichen bar, toilet n shower asing
ade kamera keselamatan, ade jakuzi, ade washlet + parking kete free!!
suma benda lam umah ni tekan je button.. awal2 masuk umah dulu rasa seram pon ada..
konfius nak tekan butang mana.. banyak sangat~

oyasan pon baek hati nak mampos!!
da la xkawen lagi (gatal!!)
macho gila ade keta sport 2 bijik.. pastu seorang drifter!!
ade syarikat import eksport kat tokyo, tapi dia dok keja kat umah je, pakai tenet..
kekadang je dia gerak g tokyo..
ritu dia kne g tokyo, dia cakap dia nak g IKEA
pastu dia tanya kitorang nak pape x.. xkan la nak mintak kan?
tup..tup..
ritu, dia bagi seplastik besar IKEA punya barang..
suma kaler pink... SAYANG AH OYASAN!!
ade ke ritu dia soh drive GTR dia..
gila ka pa? keta manual nak bawak pon ketar2, nak soh zana test drive kat highway!! no way man.. klu dia drive zana kat seblah nak la jugak~ hihi

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

k k, penat cakap pasal umah
len kali sambung plak..

nak cakap ritu zana masak nasi briani la plak.. syaza masakkan kari, sebab zana xreti masak kari @ xnak/xske masak kari.. (padan muka husband zana nanti mengidam kari la kau!!)

amacam? ade gaya x? sumpah jatuh cinta ngn diri sendiri :)

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

proper dress code

3/4 sleeve shirt (coma) + cardigen n jeans (united colors of benettton) + timberland boots

ps : best x umah n bilik zana? dok umah ni, rasa xnak balik malaya pon ada.. ni yang rasa nak sambung master ni.. lama sket dok umah ni.. hahahaha

Wednesday, June 9, 2010

BIANCA the shopaholic

"hai, i am BIANCA and i am a shopaholic"

lambat gila baru tgk cita 'the confession of a shopaholic' (betul ke x tajuk dia tu) <-- LAME!!
bes betul rupanya.. da lama nak tgk tp xterdwld sebab ntah sebok kot.. haha

Supra TK Society
X-Games Black/Pink | SUED

Supra unveiled two new colorways of the popular TK Society today, in honor of the 2009 X-Games. Seeing the Neon Pink/Green accents against the black uppers provides a jaw dropping experience similar to that spawned by the extreme action sports they commemorate. No word on any release dates, but you can be sure you’ll see them on Terry Kennedy’s feet during the games.

haaaaaa... tudia!!
da lama dok simpan dalam wishlist kasut ni.
smalam berpeluh dahi klik2 keybod nak bli kasut ni.
takut xori la, pk harga la, pk bila nak sampai la.
kasut ni kat nippon xdenye saiz kecik buat kaki yang comel ini.
dah kate kasut skate, mesti la gedabak besarnya kan?
owh ya, kasut yang zana bli ni limited edition. ade 600 pasang je dalam dunia ni. katanya la kan..
patut bangga ke x?
bila nak sampai ni... aaaargh~ xsabau dah!!

bertukar crita plak..
setiap hari selasa, nama zana adalah BIANCA
ade satu klas english ni, cikgu dia main letak2 nama apa yang dia suka..
then i got BIANCA (macam nig*r x?) gila racist!!
tau la zana xbrapa nak cerah pon.. huh~
BIANCA pon BIANCA la..
btw, syaza = christina, ramadan = ray, idris = barney
sedapkan nama derang??!!
menci tul~

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

smalam masak nasi tomato ngn ayam masak merah!!
wohooooo~
berjaya!! berjaya!!
rasa macam makan nasi kat rumah terbuka hari raya pon ada..
rasa jatuh cinta ngn diri sendiri plak..
berbakat jugak zana ni sebenarnya (puji diri sendiri)
mana xnya, 3hari berturut2 kne kerahan tenaga masak..
makin hari makin high plak level masakan..
pasni masak meggi je la untuk suma orang makan..
derang ni bukan boleh, kasi betis nak paha..
ade plak yang mintak nasi briani.. amboi aih~

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

puuuuurple dress code

headband, one piece, necklace (forever21) + sneakers (nike) + watch (nixon)

ps : thanx mr idris for the watch.. hihi

Monday, June 7, 2010

panic room!!

pernah x korang rasa takut berada dalam rumah sendiri?
takut nak bukak pintu bila ade orang tekan loceng?
berjalan merangkak2 dalam rumah?
berkurung dalam bilik air bila orang ketuk pintu rumah?
takut nak balik umah?
takut ade orang ikut korang dari belakang?
me?
ADE!!

sumpah cuak!!
bukan main2, eventho zana slalu cakap takut sambil senyum2 dan gelak2..
bila fikir balik mmg kelakar.. sebab tu la zana gelak..

it happened yesterday... can u guys imagine.. pukul 1030malam ade orang naik moto pegi umah korang tetiba tekan loceng.. xde khabar berita tetiba muncul depan umah!!
kalau orang tu mak korang ke, best friend korang ke, mmg berlari2 g bukak pintu la kan..
hmmm~
orang ni zana kenal, sihat, xde mabuk2, muka xde la huduh, bijak la jugak
tapi....
dia STALKER!!
seyes weyh..

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

tru truuuut tru truuut (ringtone soba ni irune)
"zana, stalker ko ade depan umah ak!! ko tahu x?"
"huh??!! maji??!!"
"dia tekan loceng pintu umah ak"
....tuuuuuut tuuuuut tuuuuuut........

"syaza cepat kunci pintu!! cepat kunci!!"
"huh?? nape? nape?"
"stalker depan umah seblah!!"

bayangan seorang lelaki lalu depan umah

tin tong!!
"nak buat camne ni? ak takut!! nak cakap oyasan ke?"
"xpe, tutup lampu ngn tv. kita sorak cni diam2. ak yakin dia xkan masuk nye"
"tp tadi ak xsempat kunci pintu!! kalau dia masuk macam mana?"
"percaya la orang jepun xmasuk umah orang sesuka hati.. seyes.. ko tunggu cni, ak nak tutup tv ngn kunci pintu"
"huuuuuuuuh~ seyes ak takut"
"jap2 ak tgk kat kamera dia blah ke blom"

20 minit yang sangat panic!! PANIC weyh!!
zana pon tatau asal jadi takut semacam.. macam ade pembunuh nak masuk umah pon ade perasaannya~
thanx to the security camera.. lama jugak mamat tu dok atas moto tunggu depan umah..
mana xnya, tetiba lampu terpadam, tv punya kuat tetiba diam..
tuhan je yang tau perasaan time tu..
huh!!

orang tgh sedap nak makan laksa, dia mai buat drama plak!!
then, suma orang pon marah zana.. im sorry.. IM SOOO SORRY..
banyak kali da zana cakap sorry kan?
kenapa derang marah?
sebab dia stalker zana la.. xpasal2 orang lain pon jadi huru hara..

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

(ENGLISH CLASS)
perbualan dalam bahasa jepun

kertas kecil dihulurkan ke arah zana
y : "harini busy?"
z : "x pon.. nape?"
y : "jom jumpa pukul 9 dekat bangunan I"
z : "huh?? 9malam?"
y : "haah.. 9 malam ni"
z : "kenapa? ade ape?"
y : "saje nak cakap benda sket"
z : "?????...."

mamat tu asyek pandang muka zana
z : "faham x ape sensei cakap?"
y : "sket2 la.. dia cakap laju sangat.."
z : "owh.. dia cakap...... bla bla bla.."
y : "nama awak sape?"
z : "shazana.. awak?"
y : "yoshida"

kertas tu tertulis email hanfon

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

mamai2 bangun tdo drive g skolah
jam pukul 920 malam
nak pegi xnak pegi sama banyak
muka dia macam baik
tapi betul ke dia nak jumpa tgh2 malam ni?
da la cakap slow nak mampos.. xdengar sangat.. sora terketar2 plak tu..
kang xpegi dia tunggu plak..
rasa bersalah plak..

bermula la drama bodoh zana dimana zana yang mencari masalah sendiri

y : "hai.. datang jugak.. lama saya tunggu.. ingat zana xdatang dah"
z : "sory2.. tetido tadi.. asal nak jumpa? nak cakap ape?"
y : "............."
z : " hum?"
y : " jom kapel?"
z : " huh??!!" (rasa macam kene penampar tetjaga dari tdo) "biar benar kau"
y : " betul la.. saya suka awak"
z : " wait..wait..wait.. saya baru jumpa awak tadi dalam klas.. baru cakap kejap je.. kenal pon x, awak nak ajak saya kapel?"
y : "saya tengok awak dah lama.."
z : "eyh, jap jap jap.. saya xpernah nampak awak pon.. bukan ke awak baru masuk ke klas tu?"
y : " minggu lepas saya nampak awak kat klas english tu.. masa tu awak pakai suit.. lagipon ade satu klas lagi yang kita amik sama2"
z : "huh??!! (blur~) asal awak suka saya?"
y : " ntah.. cinta pandang pertama.. lepas nampak awak trus saya jatuh cinta"
z : (rasa macam kena penampar skali lagi kat muka, nak muntah pon ada) " ........ "
y : "boleh x?"
z : "tapi saya xkenal awak"
y : "lelaki yang slalu jalan ngn awak g klas tu boyfrend awak ke?" (aka ramadan)
z : " xla.. tu kawan saya"
y : " fuh.. lega!! kalau tu boyfrend awak, saya nak givup dah.. awak ade boyfrend x?"
z : "xde" (stupid answer!!)
y : "habis tu jom la kita kapel"
z : "saya rasa baik kita kawan dulu.. saya xkenal awak pon tetiba nak kapel.. gila ka pa"

borak2 sket dalam kreta dalam kawasan U tu ditemani cahaya lampu jalan dan beberapa orang student yang baru habis klas malam time tu..
dapat tau serba sedikit tentang mamat tu..
i tot he is a nice guy until..

y : " kecik nya tangan awak"
z : " eh, mana ada.. kira besar la ni nak banding ngn pompuan lain"

tangan dia mula menarik tangan zana.. OMG!!

z : "nak balik dah la.. da lambat ni.. janji ngn kawan nak makan sama2"

then, dia sandar kepala kat bahu zana.. OMG!! OMG!! padia ni!!

z : "eyh.. eyh.. jangan dekat.. saya busuk la"
y : "x.. awak wangi la.. saya suka bau awak"

mati la ak malam ni.. zana da mula mengelak sampai rapat ke tepi pintu kereta.. tangan kat atas, macam orang salah kena tahan polis da rupa..

z : " seyes dah lambat ni.. kena balik dah ni"
y : (muka sedih) " lain kali kita kuar makan ke, driving g memana ke, ok?"
z : "tgk la kalau ade masa zana msg la nanti"

dia nak peluk plak pastu, tapi zana dah bukak pintu keta lari kuar.. seyes GILA SEX ka hapa mamat ni..

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

sumpah hari tu, zana pakai jeans, kemeja+cardigen.. mmg macam lelaki.. xcomel langsung.. for sure da lama dia target zana ni.. dats y zana panggil dia STALKER!!
he keep on calling, msg n macam2 lagi..
most of the time zana buat tak tau..
ade skali tu zana lupa nak save no dia n zana terangkat call dia.. dia nak jumpa kul 11 malam!! siap nak datang umah lagi.. WTF? hang gila ka hapa? bila tanya asal nak jumpa, dia cakap saje nak jumpa, sebab lama xnampak zana.. takut kan?

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

one day zana yang naive ni terperangkap dengan tipu helah sang STALKER

y : " awak datang solah naik kreta ek?"
z : " haah"
y : "tolong hantar saya balik umah boleh?"
z : "aaaaaaaaa... ok (xnak sbnarnya) tapi 2 kawan saya ni pon naik jugak tau (idris+ramadan)"
y : "xkesah"

bla bla bla

y : " nak tau umah awak boleh?"
z : "harini sebok ade keja nak buat, nak balik cepat la" (means xboleh la bangang!!)
y : " ok"

(dalam kereta)

z : "macam mana nak g umah awak ni? cakap la jalan"
y : "tunjuk umah awak dulu, kat sana baru saya cakap jalan nak g umah saya"

WTF with u man?!! mmg time tu panas gila.. n budak blakang bising2.. n zana ngn bodoh nya g bawak tunjuk umh tapi cakap no umah idris+madan which is seblah je umah zana.. STUPID STUPID STUPID me!!
how can i think in such a short time? glabah, blur, marah berapi2.. xkluar satu idea yang bernas pon time tu..
dan dengan kebodohan melampau tu, skang nak kluar umah pon takut.. 24hours kunci umah.. habis je klas yang sama ngn mamat stalker tu, trus cabut lari cepat2.. takut kena kejar.. g mana2 pon pandang kiri kanan, takut terserempak ngan dia.. nak balik umah pon takut dia tunggu depan umah.. da xleh jalan sorang2 da skarang.. kna ade bodyguard.. OMG!! sangat stress hidop ini..

sebagai denda smalam rumah idris+madan kne serbu ngn stalker, zana kne masak time giliran derang masak.. i know i know.. im wrong.. so smalam zana masak laksa (sptutnya idris punya turn masak) n harini zana masak nasi ayam (madan nye turn msak).. i bet hari2 derang berdoa supaya stalker datang serang umah derang slalu.. xpayah masak dah.. hahahaha
tp xpe la, zana x marah.. zana ikhlas masak sedap untuk suma orang.. prob ni pon zana yang stat.. trying to be friendly to a wrong person who turned out to be a scary stalker.. OMG!!

nway, pas tgk derang makan licin nasik ayam tu, perasaan sangat happy.. perut sendiri pon kenyang.. sebab tu terhasil entry panjang berjela-jela ni.. suma orang pon cakap nasik ayam tu sedap.. hihi.. nice 1st try for nasik ayam!! wohoooo~

list of benda yang zana menyesal :
1) menyesal gila g jumpa mamat stalker tu di malam kejadian
2) menyesal tunjuk umah
3) menyesal jadi naive
4) menyesal x alert ngn keadaan sekeliling
5) menyesal cakap XDE BOYFRIEND!!

hurm.. da lama xupdate my wardrobe

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

pinkish dress code

pink one piece (RDI) + leggings (tutuanna) + headband n handbag (forever21) + wedges (bonita) + watch (roxy)

ps : bila tgk balik rasa macam comel plak.. sendiri pakai rasa pelik2 pon ade.. + madan ngn idris cakap baju ni aneh.. i wonder y~

Saturday, February 27, 2010

makan besar punya~

weekend lepas, doctor bee dah sebok2 call sok amik dia dari workshop.. (nak pau duit zana la tu sebenarnya) katanya bee dah ok.. ok pon x ok sangat la tapi.. kebetulan plak cuti 3hari+research pon cuti jugak, zana decide nak jalan2 cari makan.. dah laaaaaaaama xmakan makanan sedap banyak2 tau!! sejak2 kena jadi tahanan kat lab ni, bukan stakat makan kat luar, makan pon x kadang2 tu.. hish~

okla, difendekkan crita.. zana bersama 5 orang budak hitam g la makan lunch buffet kat kedai ni.. hmmm.. harga boleh tahan la.. even banyak benda yang xleh makan, agak kembung jugak la perut kuar dari restoran ni slalunya..


harga ikut kepala.. satu kepala 1500++yen (rm50++).. tapi bila kat jepun ni xleh la pk camtu.. nanti suma pon nampak mahal.. so, sila letak titik lepas dua angka dari belakang.. kira macam rm15 sorang la jadinya.. kalau nak jimat, datang la makan xyah bawak kepala.. hahahaha~ (oke xlawak pon)

kat cni boleh makan puas2 dalam masa 90min.. tapi pas 90min tu xde la dia halau kuar pakai penyapu.. korang kne ikut manner la kan.. dah cukup 90min tu boleh la angkat kaki even korang xpuas lagi makan atau perut dah macam ular sawa baham lembu korban sampai nak gerak pon malas..

xtau nak cakap kdai ni berkonsepkan ape.. sebabnya segala jenis makanan pon ada.. pasta, pizza, udon, sushi, nasi goreng, roti, kek, ais krim.. kadang2 tu ade la chinese food, korean food ke.. ikut mood tukang masak dia kot.. xkesah la apa pon, yang penting zana menelempiaskan nafsu makan zana disini!! harharhar..

plate no1
plate no2
plate no3
plate no4
plate no5
plate no6

owh!! ikutkan hati nak makan makan makan makan lagi.. tapi teeeeeeet, masa dah cukup!! alaaaaaaaaaaaa.. tapau boleh? ahahahaha

harga dinner buffet lagi mahal dari lunch buffet.. sebab dia mahal, maka lebih banyak makanan akan dihidangkan.. kalau nak makan sushi kne amik dinner buffet la.. so, sila guna cheating skill dibawah :

lunch hour = 12 - 5 pm / dinner hour = 5 - 9pm

sila daftar masuk makan pukul 4-430pm.. kau boleh makan banyak macam dinner tapi bayar murah macam lunch!! bijak kan? :p

bijak x bijak pon, sebelum tu dah kne pau kaw-kaw punya dengan hencik bee.. kurang asam btul.. dapat makan buffet pon hati xtenang hari tu..

selamat pulang hencik bee!! korekara mo yoroshiku ne~
sailor jacket(unbranded)+blue dress(forever21)+white skinny jeans(uniclo)+yellow heels(unbranded)+blue necklace+blue umbrella ela ela ey ey(harajuku)

I'm so blue~

ps : dah 3 bulan mengidam nak makan kashmir!!

Wednesday, February 17, 2010

minah rempit jepun??

yang ni?
bukan!! bukan!!
yang ni comel habis d(^0^)b

yang ni ke??
haaaaa, hampir tepat.. tapi salah laaaa~

yang ni!! yang ni!!
betul la yang ni!! kaler2 pink gitu~

tapi nape xnampak macam rempit pon? motor pon xde!! siap kaler pink lagi~

saje je kasik gempak.. "ey, kamon la.. wa mana layan kaler2 pink DOWH!! keccooh a~" (cubaan meniru gaya nabila dalam filem 'bohsia jangan pilih jalan gelap') bising gila nabila dalam cita tu.. ntah pape plak zana tgk cite gaya bohsia.. rasa klaka pon ade.. minah rempit mmg bising macam tu ke??

sebenarnya, yang geng baju kaler pink tu bukan geng jambu tau!! tu geng 'gyaru'.. lebih senang faham, gaya yang derang bawakan tu dipanggil GYARU di nippon.. macam yang korang sedia tau, kat nippon kan banyak fesyen aneh2.. kira 'gyaru' ni salah satu fesyen aneh yang boom kat cni la!!

GYARU ade banyak jenis plak.. tapi yang paling senang nak knal yang macam dalam gambar tu.. kulit di tanned hitam habis.. dah lahir kulit putih merah2 gitu, dah hitam plak.. kita yang gelap ni, usaha la tempek fair n lovely kat muka nak bagi cerah.. donia!! donia!! tanned derang tu kadang2 xperlu g baring dalam mesin tanned tu pon.. just sapu benda macam losyen kat badan, dah siap tanned.. lepas mandi nanti putih la balik.. dah kate fesyen~

gyaru yang kulit gelap ni kira ranking paling bawah la dalam industri fesyen jepun.. sebab nak jadi gyaru sejati, korang MESTILAH xmandi seminggu, rambut blonde mengerbang2 kusut masai, bau busuk, pastu pakai baju kaler meriah2.. kalau rambut pon korang letak warna warni, lagi mantap ah!! gaya cakap pulak macam samseng2, ala2 mamai, bahasa pelik2, pastu keje bising je kat mana2..

gyaru ni boleh dikatakan dipandang serong jugak la.. mana xnya, dah la xmandi, busuk plak tu.. slalunya yang terjebak dalam fesyen gyaru ni, yang xberapa nak bijak la.. skolah xnak g, keja pon tamau.. senang cite, orang tua2 xkan pilih buat menantu la.. faham?? (xke sama je ngan minah rempit prangai derang?) dah la mekap pelik2, nak kata cantik tu xlangsung ah.. korang tgk rasa cantik ke??
kesimpulannya, gyaru = -ve image!! kasihan~

jom kita ikuti "gyaru tour".. sekumpulan budak yang nak rasa pengalaman/tahu macam mana menjadi gyaru sejati~



selekeh dan nampak belemoih kan?!! xpueh ati lagi?? boleh tgk cni (^-^)v

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

cubaan menjadi gyaru versi budak wangi!!

big n loose sweater(neff)+purple leggings(tutuanna)+100m loose socks(unbranded)+kitty chan sandals(hello kitty)

ps : extention rambut pon salah satu fesyen GYARU jugak.. merasa la 3 bulan zana kne panggil gyaru ngn budak2 skolah.. kulit dah mmg tanned semula jadi.. mandi pon malas.. baju meriah2.. perangai samseng2.. PAKEJ LENGKAP!! seb bek wangi :p

gyaru versi lelaki pon ade tau!! lebih kurang je laki ke pompuan pon.. dua2 busuk!! hehehe~

Friday, February 12, 2010

makan makan xbes

kenapa xbes?
sebab hari ni mmg xbes!! xbes langsung!! xtpu ah.. betul2 ni..
1) salji turun LAGI!! sudah2 la salji weyh.. mluat dah ni..
2) bee saket.. pemanas xnak berfungsi.. mintak belai manja masuk workshop la tu.. dah lama abaikan dia.. demam dah.. xpasal2 drive bee dalam salji sambil bukak tingkap!! itu perbuatan bodoh bukan??
3) skali lagi.. lagi sekali.. bodoh punya orang jepun!! nak menggatal pergi tempat laen a.. shuh!! shuh!! harap2 dia tergelincir tgh jalan jatuh trus hilang ingatan.. kalau maT lagi bagos!! huh~

trus xdak mood.. suma benda nak marah.. suma benda xkena.. rasa macam ade je xcukup.. aaaargh!!!

hari ni dijemput ke international party 富山情報ビジネス専門学校 (nama skolah je pon). kate international, tapi boleh kate 80% suma rakyat negara china.. owh macam CNY plak rasa.. hepy CNY buat mereka.. student kolej ni plak suma foreign student yang membiayai diri sendiri dengan buat part time job untuk bayar yuran skolah.. xde scholar.. bagus kan mereka?? trima kasih buat JPA untuk kali kedua.. sayang kalian^-^

syukur ditempatkan di meja makanan halal (^-^)b dapat makan banyak!! siap ada nasi briyani lagi.. ade kari ayam, samosa, gyoza bla bla bla.. heaven gila!! mmg susah nak jumpa party macam ni.. dapat makan sama ngan orang nippon sekeliling makan.. haa, yang ni bes^-^

pastu ade lawan karaoke! sumpah yang ni amat bodoh.. kenapa?? ade orang tu nyanyi macam tahi.. mood dia xda.. pastu dia baru nyanyi separuh, lagu kena cutt! dia baru nak hilang ketaq2 perut, music da brenti.. deym!!



antara peserta2 karaoke tu.. yang last skali tu paling hampeh!! mungkin ade orang buat muka nak muntah, sebab tu derang xkasik dia nyanyi lebih2..

tapi seyes weyh.. time student derang nyanyi, sampai habih depa layan.. gila memilih!! apa aku bukan ahli music? mana kasim slamat? panggil dia kemari!! ak mau berjumpa sama dia.. whatever~

sekitar party.. malas tangkap gambar.. suma muka sama ja.. mata sepet belaka..

tapi, zana dapat hadiah.. ni lagi satu benda bes hari ini..

hadiah kuiz jaddah pa tatau.. ngan saguhati karaoke.. dapat duit free!! yey^-^

owh.. kepala saket.. xdak mood.. modal nak sembang pon xdak!! nak mencarut ja jari ni.. dah2.. sok orang choti, zana kne g research dari kul 9pagi sampai kul 8malam LAGI.. tdo!! tdo!!

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


with sweater
without sweater

grey knitted sweater(forever21)+white one piece(galfit)+grey leggings(forever21)+white pump heels(esperanza)+headband(forever21)+handbag(unbranded)+roxy watch

ps : time pakai baju ni slalu jadi benda pelik2..menci!!