Followers

Monday, August 30, 2010

zana, sok bangun awal tau.. kita g shopping!!

huhu!! shopping weih.. mana bleh dgr perkataan shopping.. tambah pulak dekat-dekat raya ni.. raya ngn shopping ni boleh kira sama macam ketupat ngn rendang ah.. makan ketupat saja mmg xsedap ah kan?

semangat berkobar2 mau pegi shopping.. sekali kejut bangun terus.. sapu sampah sambil bersiul2, sidai baju sambil nyanyi2, siram pokok sambil menari2.. punya la happy.. senyum memanjang.. dalam kepala dok fikir apa nak pau mama.. paling lekeh pun kasut raya mungkin..

ni dia hasil shopping raya.. rm200++ terbang macam tu ja (T_T)

kena tipu hidup2.. shopping pekebenda nya ni.. ok fine! tapi we managed to caught those lelaki2 punya attention.. suma yang ada dalam kedai hardware tu pandang xberkedip mata.. ape la dua orang pompuan ni nak buat agaknya kan?

ni la orang panggil "wanita besi".. gila MACHO kowt bawak drilling set punya kit kitorang bukan nak bertukang nak repair rumah ye kawan2.. suma ni preparation utk hari raya jugak la sebenarnya..

alhamdulillah, mama punya bisness makin up! she is happy, but i'm tired to death m(_ _!)m
projek kecil2 masuk xputus.. kereta datang buat no plet pon makin banyak.. maklumla, kereta pon nak beraya jugak kan? now tgh handle projek ngn JPN (jabatan pendidikan negeri).. dah 3 hari tdo xcukup.. berusaha keras nak setlekan secepat mungkin.. smpai smalam xterbangun sahur la punya penat.. thanx to kawan2 yang sudi datang kdai mama membantu.. dua orang "wanita besi" ni je yang dok buat kerja suma.. mmg lembik!! mana nak tebuk dinding, mana nak potong papan, mana nak lekat stiker lagi.. fuh!! dugaan bulan puasa.. tapi xpa la.. tu semua rezeki dari Allah.. xbaik mengeluh..

nak tulis panjang2 pun mata mengantuk sudah.. quick review.. zana dah 3 minggu kat alor star membantu puan mama kat kdai beliau.. bangun pagi, pegi kdai, balik umah malam sebab siap kan keja.. tu je la rutin harian.. dekat2 raya ni myb buat kerja overtime.. bila adikku mau pulang tolong sama kakak dia ni? cepat la balik, kakak mu nak buli secukup2nya..

buat kawan2 sekitar alor star tu, pegi la curi keta mak ayah korang bawak datang kedai mama zana ni.. hadiah no plet kereta baru kat derang.. sure derang happy.. ye la, derang da blanja baju raya kat korang, apa salah nya korang bagi hadiah raya kat derang plak kan? kan? kan? start minggu depan kedai akan bukak sampai kul 11 malam.. (perancangan puan mama kita) kdai puan mama terletak kat tepi jalan nak pergi perlis tu.. ala, jalan yang ada pasar malam dekat skolah rendah mergong tu.. cari kdai ada gantung no plet banyak2 kat depan tu, pastu ade signboard tulis NORTHERN STAR GRAPHIC, boleh bagi signal brenti depan kdai.. zana sendiri akan melayan korang k.. datang jangan xdatang k!! (macam smua orang tau kat mana, HEH)

bukan no plet kereta n motor ja.. nak buat signboard, billboard, streamers, sticker, dll.. ok, dah stat promote kdai puan mama la plak.. mengarut.. nak tdo.. babai!! slamat berpuasa smua :)

Thursday, August 5, 2010

lets think about the future

"The original purpose of sex was to trade genes with someone else to create stronger genes in the next generation of babies"
-allan and barbara pease-

mari merenung sejenak apa tujuan sebenar perilakuan yang di panggil sex tu secara am.. xkesah lah bagi manusia ataupun haiwan... kita jangan menyalahgunakan erti sex tu sampaikan kita sendiri lupa erti yang sebenarnya.. sebab tula ade kes buang bayi, kes kelahiran baby xterkawal sampaikan xterjaga anak2 punya la ramai.. ape, ingat sex ni suka2??









teeeeeeeeet.......
sejak bila blog ni jadi blog ruangan kesihatan dan pendidikan sex? ahahahahahahaha.. gila kentang zana nak bagi syarahan bab2 serius macam tu.. mau lingkup habih suma orang.. saje2 je buat gimik.. ye la, kalau korang prasan blog ni dah macam turun naik.. xstabil.. ikut mood tuan dia la tu.. kejap tulis camtu, kejap tulis camni.. zana, tolong la stick ngn satu jenis je.. ok, kita pilih style cool je.. amacam, orait x? (baget cool habeh.. uwek!!)

seperti hari2 selalu, budak zana ni mmg xreti bangun awal.. bukan dia xboleh bangun awal.. boleh je, sbb setiap pagi encik daddy akan masuk je bilik ni jenguk anak dara dia (tolong tutup lampu bilik sebenarnya) dan setiap kali tu la encik daddy akan cakap "ish2 keje tdo je, kate nak kuar.. jadi kuar x?" setiap kali itulah, budak zana akan mengangkat dua jari melambangkan peace dan cakap "xmo la" sambil slimut tutup muka.. bukan dia xsedar.. segala macam orang masuk bilik ni, bibik, adik, ummi, abah, perdana menteri, tentera laut suma menjeguk ke bilik.. ok, sangat hyperbola.. ngehhhngehh..

budak zana ni plak, setiap malam suka memesan kat encik daddy.. "abah, sok zana nak kuar.. hantar zana k.." encik daddy angguk je.. tp mmg ke laut... angan2 belaka.. beliau pon dah paham prangai anak dara dia sorang ni.. dah celik mata awal, saje dipejamkan jugak.. bangun pon nak pegi mana kan.. baek duduk rumah.. boleh jaga kulit kasik puteeh sket.. ye x? hahaha.. so, kepada ibu2 bapak2 yang membaca blog budak zana ni, boleh la buat2 masuk list menantu kowt.. budak zana ni baik sbnrnya, duduk rumah je.. xkuar malam plak tu.. dah la pandai masak.. *apa kaitan?*

ok, tgk cermin blakang, reverse slow2.. xpon boleh buat u-turn depan tu.. jauh dah melencong budak zana oi!! tapi.. tapi.. tapi.. sebelum kita ke tujuan sebenar entry ini ditulis, mari kita tgk gambar ni

wallawei!! eyh2, lap cepat air liur tu.. xsenonoh btul.. ni zana snap khas buat sahabat2 kat jopun nu.. kengkawan kat malaya, xyah buat2 lapaq.. cek sekeh pala satg~

wewiiiiiit kat sizzling lamb chop ni.. harini encik daddy bawak g makan luar.. dah laaaaaaama benor xmakan lamb chop.. macam mana la rasa dia kan? sape tau? sape tau? kena pulak ngn cuppucino ais, mmg terangkat!! sampai2 trus melantak.. encik daddy jeling2 tgk anak dia makan sopan bebenor.. "meh abah rasa sket".. potong cantek2, calit2 sos sket, suap kat mulut encik daddy.. beliau buat muka ketat.. hahahahahahaha

rasa macam hak tuih.. bodoh punya kedai.. rasa macam kunyah arang.. hangit segala.. aduh.. jatuh dah standard tukang masak malaya di mata budak zana ni.. xyah la cakap kedai mana.. nanti tuan kedai baca blog ni, xpasai dia saman.. nak cekau mana duet weyh!! (prasan blog feymes.. lalalalalala) so, pasni kalau nak makan lamb chop, budak zana takkan cuba oder kat mana2 kedai makan selain kat bangsar.. ala, kat uptown lama tu.. ntah betul ke x.. (kamu, sila take note!! :p )

okey2... nak tulis dah ni.. budak zana ni, koje dia membuta disiang hari sebab di malam hari koje dia menyelamatkan dunia.. ala-ala catwoman gitu.. (baget sexy habes.. auwwww~) ok, tpu!! xde2, budak zana ni suka berfikir sbnarnya.. bila xde keje mmg banyak benda dia ni fikir.. bagus budak ni.. hahahaha.. meh la nak cita satu benda yang dia dok main dalam fikiran budak zana ni.. lets think about the future... (baru masuk tajuk.. padahal intro panjang nak mampus!!)

dia ni xde la fikir jauh sangat pun.. sebab dia bukan perdana menteri.. dia asyek fikir pasal benda 2 taun akan datang je.. sekarang dia dah nak masuk 23taon.. (mak ai dah tuo sebeno nye ha) kalau 2taon lagi kira dah 25taon.. dah boleh kawen ni.. teeeeeeeeeet... bukan yang itu la bodoh.. (sambil kipas2 awan angan2 tadi) mac 2012 dia dah habih degree.. dengan kata lain, dia kne pulang malaya slama-lamanya.. enggak mau!! enggak mau!! tolong bapak polisi, saya punya paspot pak!! (blaja ngn bibik la ni) kalau dia xnak balik, samaada dia kne sambung master xpon dia kne carik kerja kat sana.. hmmmm..

kenapa la budak zana ni xmo balik malaya sangat2!! nak kne sepak laju2 ni.. apa kau ingat kau orang jepon? mata sikit punya besar.. xsadar diri punya budak.. tidak2, banyak benda nak kne fikir tau!!

1st, nak balik malaya for good xkan nak balik melenggang je kan? paling hudoh kreta sebijik.. tu dah kira wajibal ghunnah.. nak tunggu bawak balik takuya kimura, kem salam la.. yang iras2 dia pon belum tentu dapat lagi neyh.. nak bawak balik kreta mau pakai duet.. senang cita, suma nya tentang duet la.. duit nak bli kreta, duit nak bayar tax kreta, duit poket buat blagak ngn kawan2 lagi, duet simpanan nak bina masjid (kalau ada yang nak la), duet nak bina new life kat malaya.. haiya, dalam masa satu taun stengah mana sempat ni!! mmg mustahil.. budak2 batch ku, sila take note.. sesape yang dah simpan duet awal2, zana tabik spring kat korang k!!

2nd, balik malaya mesti la mau cari kerja.. xkan nak menganggur kan.. kita buat2 la macam dah dapat keja.. ok, bagus budak ni dah dapat keja.. habis xkan nak duduk kat umah mak ayah lagi? macam mana nak g keje? xkan encik daddy kne hantar setiap hari? kalau ofis area kolumpo boleh tahan lagi.. kalau kat tempat lain? mana nak cari rumah, mana nak cari kenderaan.. carik buleyh cari.. xkan nak soh encik daddy support suma benda lagi? dah tuo buleyh menikah dah pon.. lagipon budak zana bukan orang kayo, cakap itu ini bleh dapat.. macam mana ni??

3rd, budak zana ni balik buat compius ja.. dia bukan tau buat apa pon kat malaya ni.. mau mati kutu jugak.. suka dok buat culture shock kat negara sendiri.. xkan suma family nak tolong tgk lagi.. encik daddy ada baaaaaanyak lagi anak2 kecik dia nak kne tgk.. dalam kata lain, budak zana mmg xbersedia secara rohani dan jasmani untuk pulang malaya.. tengok la, baru balik sminggu dah sebok nak balik jopun.. sombong dia ni..

4th, sok plak la sambung fikir..

eyh2, mana habih lagi.. budak zana kalau membebel mmg panjang.. sebab secara fizikalnya dia ni pendiam orang nya.. pemalu plak tu.. hikhikhik (owh, sangat gedik)

ha, kalau macam tu xyah la balik.. sambung je master.. puan mummy kan sebok2 soh sambung master tu.. tiap kali telefon je, dok sebut2 soh sambung master.. kadang2 PHD pon boleh buat story gak puan mummy ni.. melampau eyh~

xmo ah.. kalau sambung master kne apply schlr sekali lagi.. skang ni bukan senang nak dapat schlr sambung master.. hanya bijak pandai serta intelek yang terpilih saje.. budak zana ni geng2 isi tempat kosong kat klas tu je.. xde2, MESTI sambung master.. nanti puan mummy babab bontot kang!! ye la tu, kalau xde schlr nak bayar pakai ape puan mummy? mau kne prepare duit dari awal.. tu pon belum tentu cukup.. xpasal2 kne buat part time plak dah.. xke siksa badan? nak g skolah lagi, nak buat part time lagi.. ade senior cakap master ni susah jugak.. nak kne g klas suma.. kne g buat presentation sana sini.. kalau kau tu mmg niat nak jadi pensyarah, mmg gila punya suka buat2 kajian ni xpe la.. sila la sila.. tapi kalau kau buat master tu sebab mak kau suruh, xpon sebab suma orang pon buat master kau pon nak buat jugak, mmg kau carik nahas.. same la skang ni.. suma orang sambung degree, kita pon nak jugak sambung degree.. pastu tgk member2 yang bekeje rasa tekanan.. (tapi bagus jugak la amik degree ni, kalau sampai master budak zana fikir dua ratus enam puluh sembilan kali jugak kot)

udah tu, carik a keje kat jopun nu!! ye ye, sape la xmo keje jopun.. poket tebal.. boleh blagak orang kampung plak tu.. ngehngehngeh.. tapi, mau mantap a.. nak bersaing ngn sek2 jopun lagi.. tapi tu je la pilihan terakhir gamaknya.. ehem2.. kne blaja english kasik power banyak2 ni.. boleh blagak ngn set2 jopun nu.. bagi dia bukak bijik mata hat sepet tu.. bahasa jopun pon kne gilap kasik berkilat.. kelip2 mata bagi nampak comel gaya2 maria ozawa sket.. (hat ni paling berkesan kot.. LOL) kompem dapat neyh!! personaliti bagi nampak confident, taun depan pulun sehabis mungkin mintak keje banyak2.. xkire!! kalau dapat, mmg slamat tinggal la malaya.. daku raya tiap2 taon kat nippon makan nasik kepal bungkus rumpai laut la jawabnya (aka onigiri)

yosh!! perlu berusaha.. kawan2 sila doa budak zana ni cerah masa depan.. bagi la dia dapat apa yang dia nak.. baik budak ni.. dia xkacau orang pon..

(ada orang cuba angkat tangan) ye saudari dictu.. ade apa2 soalan? habis budak zana ni xmo balik malaya langsung ke? kerek gila... eyh, sapa kate dia xmo balik malaya.. dia dah cakap tadi dia XBERSEDIA lagi.. tapi kalau tetiba ade orang datang hulur cincin emas tiffany sambil berkata "sudikah awak melengkapi hidup saya?" (mood drama nota cinta.. pegi search kat Utube) tergugat jugak iman budak zana ni.. melompat2 dia balik malaya.. teeeheee :p

ps : boleh jugak dia sesaje bagi fail banyak2 subjek.. pastu extend setaun lagi blaja.. ni kira main kotor a.. nak buat pon malu jugak sebenarnya.. fufufufufufufu..

Tuesday, August 3, 2010

kisah hencik bee

haaaaaa
sape prasan bende baru kat blog?
arini tetiba rajin jalan2 bace blog orang n rata2 suma blog dah ada benda ni..
xnak la blog ni orang kata xup-to-date
so, zana dah add 'like' button kat setiap entry
sekadar nak baca xnak klik like pon xpe
xpaksa
sebab ade button tu cam macho sket rasanya
ngeeeee~

kipas siling umah dah mati..
lama dah
jeles la tu zana asyik berkepuk lam bilik 24hours
harap kipas stand ni xpower
cuba cari benda baru nak buat
tp xdak idea
sapa2 ada idea?
kepala asyik pk pasal kedit card xabih2
xtenang idop
cepat la esok.. nak setle cepat2 ni!!
panjang plak intronya
skip to the story

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

kesah ni dah lama. gambar simpan pon dah lama. mmg plan nak buat satu entry. tp, maklumla kalau dah bahagia sumanya lupa.. eyh, apa kaitan?

bagi sapa2 yang xprasan or xtau, zana dah berpindah dari toyama(富山) ke ibaraki(茨城)


menyambung cita2 la katakan.. suma orang sambung degree, kita pon sambung degree.. skang dah sedikit menyesal.. kisah menyesal tu kita cita len kali..

dimana kita..
owh ya, dari B (toyama) ke A (ibaraki).. ikut google maps ni dia tulis kalau nek keta ikut highway jarak dia lebih kurang 534km.. agak2 7jam perjalanan kalau mematuhi hadlaju ngn +- trafic light suma.. jauh x? agak2 dari perlis g melaka la jauhnya.. orang tua2 cakap "nak menuntut ilmu biar sampai ke negeri china".. kalau dah sampai ke jepun macam mana atuk nye? wut the fish??!!

xdak beza sangat dua daerah ni.. dari tepi laut timur pergi tepi laut selatan.. bau hanyir pantai tetap sama.. tapi cuaca sangat berbeza.. dulu salji turun, kalau bukak kedai ABC, setaun jual xhabis.. skarang salji nak buat biji mata snowman pon xlepas rasanya.. dulu mandi pantai tiap2 ujung minggu setakat burn sket2 apa kesah.. skarang nak kuar rumah pon melecur kulit.. bazir a duit pakai SKII.. xgitu??!! (gila gedik)

jump to the main story
bila dah tukar tempat baru, no plet kreta juga mesti tukar baru.. erk, mesti ke? tapi dinasihatkan tukar baru la..
kang engkau sorang pakai no plet lain kat tempat tu, xpasal2 kne raging ngn keta2 lain.. plus, b4 ni keta ni bernama orang lain.. atas sebab2 tertentu xdapat nak letak nama zana sendiri.. panjang crita eyh~


okla, meh la nak story sket sistem pemilikan kreta kat jepun ni.. sure ramai nak tau kan? (poyo je) macam kat mana2 pon, bila bli kereta mesti la kna bayar road tax dan berbagai tax lagi
di pendekkan cerita, kalau ade kereta, mesti la kena ada tempat parking kereta.. mana boleh park kereta merata2.. jepun bukan negara china atau india, tanah berlebih2.. so, setiap kereta wajib ada satu parking kereta berdaftar.. kira tempat tu dia punya la.. tapi xbermaksud tanah tmpt letak kreta tu dia punya.. kang dok p bina rumah plak atas tanah tu, mau kena baling slipar ngn tuan tanah.. engkau tu menyewa/meminjam aja..

okeyh, g balai polis, isi borang, lukis plan parking lot, tulis alamat, mintak chop tuan tanah suma
nanti ada la polis datang check, betul x korang ade parking situ, muat x keta korang tu kat parking tu.. kalau dah paking muat moto kapcai sebijik nak letak harrier mmg xlepas la kan.. plus, parking keta tu mesti la dalam lingkungan berapa km ntah dari alamat pemilik.. kalau kate duduk cheras, nak daftar parking kat area KLCC xboleh jugak!! kalau suma cukup syarat, seminggu pas tu boleh pegi balai amik surat sah.. (ayat terabur, sila geleng kepala tanda kekesalan anak melayu skarang dah xpandai guna bahasa melayu dgn betul)

itu baru sahkan parking, tukar alamat ngn tukar nama pemilik je.. kendian, (cara opah zana slalu sebut word kemudian) baru bergerak ke pejabat JPJ ala nippon punya style (apa jadah nama dia sudah talak ingat ma) sambil bawak surat dr balai tadi, surat shaken (cukai kereta) dan ade sedikit borang lagi yang kena isi.. (orang jepun mmg camni, segala borang nak kne isi) sebagai warga asing, anda boleh skip benda susah sebab trus ja bagi kat kaunter pertanyaan, nanti dia setlekan suma2.. hahahaha.. nanti dia bagi satu peta macam main treasure hunt, pegi la engkau kat check point2 terbabit sambil buat muka innocent.. (kalau buat muka innocent, nanti derang ringan ati nak tolong sket) lepas berkejar2 ke beberapa buah bangunan sekitar kawasan, dapat la no plet baru.. perlu diingat, no plet lama perlu di cabut sendiri, dan no plet baru juga harus dipasang sendiri ye kawan2.. (tapi kalau engkau tu pompuan, sila buat muka comel dan lagak macam xpernah pegang skru driver.. macam zana, ade je yang sudi membantu.. hikhik)

no plet xboleh pilih ke? sape kata? buleyh!! buleyh!! sama je macam kat malaya.. kne book dulu no tu, kalau ade, nasib engkau la.. kalau xde kirim salam la ye.. al-kisah no plet ni plak, xsama macam no plet kat malaya.. ada dua jenis je.. pastu xbleh suka2 hati engkau nak style macam mana yang engkau nak.. satu yang macam kat kereta zana tu (yang biasa), satu lagi yang jenis glow in the dark.. orang kata yang glow in the dark ni slalu nya geng2 yakuza aka pakya ja pakai.. kalau nampak kreta macam ni atas jalan malam2, jangan carik pasal dok menyondol atau angkat lampu tinggi kalau xnak kne pancung.. tapi, orang biasa pon boleh pakai.. engkau kne bayar lebih sket la.. mudah je..

owh ya, no plet kereta kat nippon xsenang2 engkau nak cabut.. skali pasang sampai mati la kau pakai no tu, melainkan engkau yang nak tukar no baru.. kalau tgk gambar yang blah kanan tu.. kiri atas no plet tu, ada extra besar punya skru kan? dia letak macam satu seal kat ctu.. setiap seal tu ade chop daerah masing2.. so skali dah seal mmg xleh bukak lah kan? kalau nak bukak jugak, kne kopek seal tu dan xkan dapat cari yang baru melainkan kat pejabat JPJ.. ini la caranya derang nak elak kereta curi dan sebagainya.. no plet yang dah dicabut tu plak, mesti kasik kat kaunter no plet utk tukar dgn no plet yang baru.. so xdak chance la nak menipu kan..

kalau la boleh bawak balik no plet ni.. mmg letak dalam frame.. sumpah sampai sekarang xingat no plet kreta sendiri.. ngeh..ngeh..ngeh..

so, mana no plet baru? lupa tangkap gambar da.. nanti a update bila da balik nippon..

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

okeyh, next story
ade skali tu, zana nak balik toyama kejap nak setle hal2 kat skolah.. pindah ritu banyak bende tertinggal lagi.. disebabkan sabtu skolah, zana ade satu hari je nak pergi balik ibaraki-toyama.. zana kan pelajar berwawasan, mana bleh ponteng skolah :p (uwek, sila muntah) disebabkan ada sehari je kat toyama dan komfem2 xdak masa nak berlepak2 ngn warga toyama, zana diamkan saja plan nak g toyama tu.. malas nak crita, nanti xdapat jumpa sedih plak.. plus, tgh bulan2 world cup sure nak balik cepat kejar match.. kan? kan? kan?

mmg nak dijadikan cerita, malam nak gerak tu, nak g isi minyak full.. nak jalan jauh la katakan.. cantik punya turunkan tingkap keta, kasik duit kat pakcik stesen minyak, nak tutup tingkap xboleh.. tekan2 dia xnak naik.. nak bagi lagi drama, time tu jugak hujan turun lebat.. mak ai, macam cita romantik plak, hujan berbagai.. hotel dah tempah, ngn orang skolah dah janji, minyak dah isi full.. mula nak nanges.. tu la pompuan, benda jadik sket nak panik.. kedai baiki kreta mana nak bukak malam2 kat nippon ni.. seb bek on da way tu ade autobucks.. tu pon dia dah tarik pintu kedai nak tutup dh.. myb dia tgk muka budak pompuan sorang ni macam kucing hilang anak, dia gagah tgk2kan jugak keta tu..

'kitorang xde spare part dia la dik, kne g workshop VW jugak baru leh repair'

suara serak2 nak nanges menjawab

'macam mana nak buat bang.. hari hujan ni.. kalau biar basah la keta'

'ok2 kitorang cuba'


tudia, lawa punya plastik biru ngn selotep warna-warni..

percaya x, dgn keadaan kreta camni la zana pecut 534km td tu tgh malam sampai toyama.. tgh jalan berapa kali breti repair sana sni nak bagi kurang bunyi bising angin masuk dalam kereta.. radio yang ade wooper tu pon xleh menang ngn bunyi bising macam guruh tepi telinga tu.. mmg dugaan dan cabaran.. lepas 6 jam bersabar, akhirnya sampai jugak toyama..

pagi tu jugak, trus anta g workshop kat toyama.. tu la salah satu sebab berdegil jugak zana nak ke toyama.. mmg dah tau kat mana nak repair.. kat ibaraki, belum tentu kat mana nak repair.. sebab xde kenderaan terpaksa jugak contact budak toyama sevara mengejut.. sorry sangat2 datang xcakap.. last2 susahkan derang jugak.. nak gerak g skolah xde kreta.. tunggu hencik bee siap mmg berdarah hidung la.. xjadi suma keja..

ritu dia kasik kopi panas, kali ni kopi ais plak~
servis tamau kalah.. thanx VW toyama!!

dgn rasminya terbang duet ku melayan kerenah hencik bee.. baru rosak tingkap sebelah je dah kne dekat rm800.. gila ke hapa.. tuan dia yang ginjal kne jangkitan bakteria pon kne rm300 ja.. ini sudah melampau!!

nway, thanx to bebudak toyama yang membantu dan sory xbagitau nak datang.. nanti kalau ada pluang zana datang lagi, n kali ni kita ronggeng puas2.. jutaan terima kasih kepada mr I yang went tru up n down sepanjang perjalanan.. sorry sangat50x match england malam tu terlepas..

ps : balik tu punya nak kejar match bola, toyama-ibaraki 4 jam je zana pecut non-stop.. sampai umah sok nya tu saket blakang xleh bangun.. huhu~

(gila, tertulis entry sangat panjang)

Monday, August 2, 2010

berazam

pagi tdi dikejutkan ngn call dari no +817578.......
angkat2 ade plak pompuan dok merepek2 bahasa pelik2 kat telefon
lempang2 sket muka, gosok2 mata
hencik master card ropanya
dia bising2 xdapat nak tolak duit dalam bank
wut the fish?
zana dah baget lawa punya simpan duit dalam bank nak kasik dia..
mmg pastu nak sambung tdo xboleh dah la
sapa bleh tdo kalau tau CC dia xleh guna?
ha? sapa? sapa?

mmg menyusahkan, nak kne call bank tanya duit ada brapa la
sapa nak sedut duit dalam a/c sampai tinggal sket suma
da la kne call jaoooh plak tu
bodoh CC ni, mmg bodoh
ni buat hati jadi 75% nak balik nippon ni

a week kat malaya, mulut dah keras nak berbahasa asing
try call hencik I, nak mintak tunjuk ajar sket
mmg tgh tdo lagi, caket.. cian die..
pedulikan..
tq skype, kau mmg berguna
sembang2 ngn makcik bank, mmg duit ilang banyak
how come?
geng sedut duit dapat dikenalpasti
paling buat hati berang, hencik visa sedut lebih2..
2x plak tu.. apekes?

bukak tenet 4 5 kali check data CC
xde plak dia cakap nak sedut lebih
hati makin marah, mata makin segar
jam baru pukul 10
kacau time tdo betul
ringan je tangan nak call hencik master card
tp seb bek bateri kong
layan tdo bes gak
charge bateri dulu, baring2 sambil pk ape jadah nak cakap ngn makcik CC nnti..
ZZzzzZZzZzzz...

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

dah2 g mandi
ape nak jadi..
its time to change
yes we can!

tinggal beberapa hari nak balik alor star
baik explore kl puas2
so, mulai esok saya berjanji akan bangun awal dan mandi
dok tdo tunggu prince charming datang ciom mmg xde la
thinking of getting a new hair cut
hodoh sangat rambut skang..
padan muka, potong sendiri lagi.. senget benget..

ke times mungkin esok!!
jom sapa nak ikut, boleh ikut..
kepada yang xdikenali, jangan ganggu saya..
nanti saya lari balik rumah, ketakutan..
boleh lajak g pavi, tgk muvie sorang2, or cari bahan bacaan..
yosh!
doakan cita2 hari ni xberkubur di katil empuk itu.. :p

ps : pas makan jap lagi, siap kamu makcik CC!! uuurgh~

Sunday, August 1, 2010

red dragon 1957

apa kaitan tajuk post ni?
who cares??!!

penat berguling2 atas katil, tgk my bro pon muka smacam dok umah
zana came out with crazy but still brilliant idea
LATE NITE MUVIE JOM!!
daddy is not at home, so the only way left utk kuar is


y crazy?
hujan rintik2 kat luar
plus, ini skuter zaman pemerintahan jepun mari~
thanx to my bro yang ade lesen moto..
akak dia punya lesen moto dah lama arwah
punya lama xstart
skali asap dia macam semburan anti nyamuk aides

nak xnak, sok my bro nak balik asrama dah
bila lagi kami nak bermanja2!!
hahaha
hujan diredah, asap berkepul2 diendah
late show kita pergi!!!


xbrani gerak jauh2
leisure mall cheras sudah~
mencabar gila perjalanan
naik bukit, mengerang2 moto
klu xpulas minyak mmg kem salam, mati henjen
nak dijadikan cerita
elok sampai kat simpang leisure mall tu, trus senyap moto ni
apalagi, tolak dia g parking la
sungguh tidak macho!!
my bro try start henjin, dia talak mau jugak..
mampos ah..
daripada layan dia, bek layan muvie~
wiiiiii


ade orang cakap ni cite bodoh
tp klu yang tinggal cite SALT, inception, cite ni ngn cite cina
bek la zana pilih cita ni
bleh gelak sama2..
wayang mmg full n 2/3 from them was chinese
haiya, pusing kili china, pusing kanan pon cina
itu nset talak mau tutup
mau tgk wayang ka mau buat wayang
wa tengok pon hati talak senang wo~

nway,
syok jugak la gelak2 ngn my bro lam wayang
act this is our 1st muvie together
b4 dis kitorang kira nak bertumbuk je
ade je xkne
since my bro pon dah besar, bila lagi nak manje2 kan?
nanti dia nak manje2 ngn gf dia mana ade masa utk sis dia ni ha..

owh, habis je muvie
kepala sudah pening
moto xbleh start, camna nak balik?
kalau daddy da balik leh jugak mintak tolong amik
tadah tangan tinggi2 berdoa, fuh kanan, fuh kiri
skali start dah hidup
yeaaargh!!
boleh balik..

'ayong tau jalan balik x?'

wut?
tanya orang kat blakang ke?
pandai datang x pandai balik?
mmg carik pasal
leisure mall tu ngn umah bleh kata 15 min je
ikut cakap driver..
kami pusing sampai ampang, g plak jalan nak g sunway
mmg gila!!
basah habis baju~
seb bek penumpang mata rabun ni bleh baget2 ikut papan tanda
last2 sampai jugak umah

sumpah xmo naik moto zaman penjajah tu lagi
tayar depan xde angin, meter rosak, starter henjin mmg lama dah rosak~

pa pun, we enjoy our ride n the muvie
like my bro said
'bila lagi faiz nk bawak ayong jalan2 kolumpo'
this will be added to the unforgetable list of mine

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
zoi baru upload gambar ni
love this pic, walaupon nampak mcm pak guard perut buncit di situ
my shoes boleh cover suma2 yang hodoh tu..
lawa sungguh kasut pink tu :p

ps : myb sebab arini xmandi pastu kuar g jln2 trus jadi suey!! puih..puih..