Followers

Saturday, February 13, 2010

bila rasa gembira tepuk tangan

haaaaaaa, xyah tepuk tangan sebab xgembira pon.. rasa nak tepuk dahi ada lah!!
hidup semakin melarat-larat.. rasa xbes smalam terbawa2 ke hari ini..

sebelum tu, meh cuci mata tgk hencik bee zana yang baru pijak bumi toyama 18/1 taun lepas.. chomel2 manja2 je dia.. suma tip top!! body howt.. time ni hencik bee kentut pon bau wangi je~

next, bagi pluang korang kutuk, sumpah seranah, gelak guling2 ngn kebodohan zana plak..

nota untuk diri sendiri : sila sedar anda sedang berada di tempat yang mengalami musim salji.. JANGAN gatal tangan pulas butang bukak sunroof kalau takmau ais kepal hentam atas kepala ketika sedang memandu. dikuatiri perkara bangang seperti diatas akan berulang.. hambik kau buat snowman dalam kete!! sila gelakkan kebodohan zana dicni..

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

dalam post lepas zana ade cite yang hencik bee kesayangan zana ni saket.. sakit demam sejuk.. bukan demam panas.. sebab pasang pemanas sampai max pon x panas2.. pastu mula la cermin kiri, kanan, depan, blakang suma berkabus.. suhu luar pulak sejuk menggigil, lagi sakan la kabus dia mengalahkan kabus kat puncak gunung kinabalu.. bila berkabus nanti orang fikir pelik.. ape buat dalam kereta tu??!! haaaaaaaaaa~

slalu kereta berkabus ni ade banyak parking kat taman2, blakang skolah, ceruk2 hutan.. paling senang jumpa time malam.. siang2 xmain la.. nanti senang kantoi.. korang paham2 la ape orang dalam keta cermin berkabus tu buat.. tapi kalau kreta cermin berkabus bergerak tgh jalan, tu nama dia carik mampos!! dah tau berkabus lagi mau bawak ke? kapal terbang lintas kat depan pon xnampak.. xde pilihan terpaksa bukak tingkap sambil makan salji yang turun mencurah2 tu.. kalau setakat makan salji xpe jugak, nih kaki tangan keras kejung.. bawak keta pon rasa macam sama ja macam berlari2 dalam salji atas jalan raya kat luar..

untuk mengelakkan otak menjadi beku, zana decide bawak hencik bee jumpa tuan doktor..da la kne g sorang2!! menyampah btul.. kalau la skang kat malaya, rasanya zana tgh makan nasik lauk masak lomak cili api sambil gelak guling2 tgk ujibakat AF7 kat chenel @15, sebab abah sure tolong setlekan hal ni suma.. xpon, tekan faveret no kat iphone, (sambil nanges pura2 dan bernada manja) "sayang, kete baby rosak la.. baby xpandai nak buat suma2 ni.. baby tau isi minyak je.. camna baby nak buat ni sayang? tolong la baby.. sayang sayang baby kan? please~"

okey, sila muntah!!

nampaknya xde pilihan, zana skip research yang xsepatutnya ada di hari2 cuti indah ku ini, 60km/j, makan salji sebagai lunch hari ni, masuk parking, tarik handbreak, mati enjin..

sampai kita ke bengkel keta AH LEONG BERSAUDARA.. bagi hencik bee ni kira klinik swasta la.. tempat menabur duit tuan2 kreta sekalian.. lepas daftar nama, ambil no giliran, boleh duduk di kerusi menunggu.. "sila bersabar.. anda akan dilayan sebentar lagi.. terima kasih"

workshop ni bukan chekia punya workshop tau!! tokyo drift punya keta pon lepak cni wo~ ok, zana tpu :p skali boleh masuk 15 bijik keta.. workshop KAMAL LATIF seblah kedai mamak tu boleh challenge ke?

kelihatan hencik bee sedang dirawat.. aaaaaargh~ baju dia diselak.. tuan doktor nak letak termometer kat ketiak ukur suhu badan rupanya!!

disebabkan SEPATUTNYA sok pagi2 buta zana nak drive g fukui bersnowbording dengan rakan2, zana ambik keputusan check suma2 condition hencik bee.. bahagian yang sengal2 pon kalau boleh nak kasik ok balik.. bukan apa, basic check @ pemeriksaan keselamatan adalah percuma!! rugilah kalau xbuat kan?

handphone ini bukan diberi percuma supaya anda boleh trade-in angkat blackberry ok!! bukan juga buat bergayut dengan chenta hati.. ni supaya senang mekanik/tuan doktor nak carik korang nanti bila keta dah siap atau ade apa2 berita tentang kereta anda.. handphone ni boleh call in sahaja.. kalau rasa mekanik yang repair keta korang tu hensem, boleh la gayut ngn dia lama2.. hihi^-^

owh ya, ni bukan workshop semata-mata.. dalam ni jugak ade jual part2 kereta, accessory kereta dan sebagainya.. mmg rambang mata!! jadi sementara tunggu keta korang siap, boleh la derang kapak korang soh bli barang keta yang memikat hati..

xnak terpedaya denagn taktik kotor tuan kedai, zana decide lepak kat ruang menunggu.. suasana macam kat kedai makan.. dah la bersih, boring2 boleh baca mangga, megazine, tgk tv, urut2, minum air.. kalau hotel penuh, nak baring sni pon selesa je.. buat pompuan2 jepun, derang boleh main cat2 kuku sambil tunggu sebab ade pelbagai jenis pewarna/pengilat kuku yang disediakan secara percuma.. gila bukan??

"kring kring" bunyi handphone.. gila selekeh bunyi.. "sila ke pit no 11, kereta dah siap"

lupa nak habaq kat korang!! mekanik/tuan doktor bee zana hari ni sumpah cute!! rasanya umo lebih kurang zana je.. ade lesung pipit bila dia senyum.. tgk muka dia cakap sambil asap kuar2 kat mulut tu buat fikiran zana melayang2.. ntah apa dia cakap pon zana tatau.. yang zana tau dia super cute!! caeeeer~ (@-@)v

keputusan dari tuan doktor mengatakan penyakit hencik bee xdapat dirawat disitu.. perlu rujuk pada klinik pakar.. mungkin juga memakan belanja yang banyak dan memungkinkan zana makan salji je sampai ujung bulan April..

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

60km/j, makan salji lagi, tangan beku menuju ke klinik pakar..

awalnya, zana xparking keta depan kedai pon.. sebab ni 1st time pegi volkswagen toyama.. paking jaoooh, blakang kedai.. pastu jalan kaki ngn pakaian selekeh macam orang xmandi pagi (mmg xmandi pon) masuk volkswagen show room punya bangunan.. ala tempat orang yang nak bli keta baru g tgk2 keta idaman hati pastu g test drive tu.. xtau nak kne g kat mana sebenarnya, tgk macam orang ramai kat ctu.. main belasah masuk ah!!

makcik pakcik yang berpakaian hebat macam nak g dinner, orang bersuit hitam lengkap kacak macam nak g dewan persidangan bangsa2 bersatu sebok belek2 keta idaman, suma pandang zana yang berhingus baju selekeh masuk show room macam xde arah tujuan ni.. mana xberhingus, sepanjang jalan muka dok tahan ribut salji kepush-kepush masuk lam keta.. dah la budak2, belemoih plak tu.. apa kamu buat disitu da?? pedulikan mata2 liar itu..

lepas cakap2 ngn minah kaunter perhubungan pelanggan, zana diminta tunggu sebentar.. gila gabai!! kne tunggu dalam show room tu plak.. da la suma orang bergaya je nampak.. tetiba rasa macam orang sesat dalam hutan.. rasa macam orang utan pon ada sket2.. adeyh!! tapi xpa.. dia hidang air dalam cawan chantek punya.. kalau dia hidang skali nasik lemak bungkus lauk ayam lagi gempak.. papun, zana mula balek2 katalog konon2 macam nak bli kreta dan berlagak kaya~ HAHAHA

pas dilayan, cakap masalah keta suma.. kne la isi borang.. bukan sket2 punya repair.. makan ribu2 jugak!! sengal punya bee!! xpe.. nasib baik kau hensem.. kalau x zana start enjin, tekan minyak sampai rapat ke lantai, aim ke laut, elok sket lagi nak cecah air laut, zana terjun kuar macam jacky chan.. baru padan muka kau.. mengada-ngada mengalahkan tuan dia.. huh~

dengar cita, motor kipas aircond/pemanas tu rosak.. nak kne ganti baru.. tapi sebab benda jaddah tu besar, kne rungkai2 body suma baru boleh buat.. nampak gayanya, hencik bee bakal menjalani major operation ni.. kene tahan wad dua minggu.. padan la ngn harga ribu2.. xguna kau bedebah!!


mungkin hencik bee bakal ditempatkan disini.. slamat berehat hencik bee (O~O)/


cerita xtamat begitu sahaja.. dah kate datang sorang2 tadi.. nak balik skolah mana ada kaki beb!! terpaksa la call kawan datang jemput.. time kasih pojan!! kau mmg presiden toyama terbaek lah^-^ barang2 dalam keta suma kena bawak kuar.. raket badminton, kasut snowbod, shutle cock, payung memayung, slimut, topi kesayangan suma tapau bawak balik.. haiya!!


owh, bila hencik bee da parking chantek punya depan kedai, zana pon buat2 otai pegi kemas2 barang yang mana patut la.. baru pakcik makcik tadi terbeliak bijik mata.. derang baru nak bli.. zana dah lanyak sampai rosak.. tapi zana punya 2nd hand je la.. xyah sombong!! sila bagi penampar.. bhooooo untuk diri sendiri..

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

terkejar ke sana kemari, lunch pon xsempat nak hadap.. tp xpa, kenyang makan salji sepanjang jalan.. sampai lab, partner research dah marah2.. mana xnya, dari kul 130 sampai kul 4 kuar ntah ke mana.. mana kawan x mengamuk.. sory sangat weyh.. workshop bukan dekat, dah la lawat dua workshop.. mau tau la.. bukan zana sorang je nak repair keta plak tu.. tapi seyes rasa bersalah..

last2 zana layan research sampai pukul 9 malam.. time tu kat bangunan skolah ada satu bilik je menyala lampu.. dalam bilik tu plak ade seorang je budak yang tgh gelabah buat keja sorang2.. zana settle bagi habis.. part partner zana tu pon zana tolong buatkan.. orang salah kan slalu takut.. padan muka kau!!
kesimpulannya, hari ni penat, duet terbang, jadi sangat xgembira.. so, xpayah tepuk tangan!!

kalau ade budak beringus pakai macam ni masuk keta punya show room, agak2 kena halau ngn pak guard x? dah la pakai boot getah pegi menanam terung, sluar pekerja kilang kueh sepit, snow coat plak cekia je.. rambut serabai, seb bek cap A/X.. kalau kat malaysia, masuk butik ZARA pon orang dah pandang atas bawah atas bawah.. nampak macam gaya sengkek xdak duet, mula pandang slack/serong.. layan macam nak xnak je..

ps : menanam cita2 nak g bli skyline R35 pakai baju tdo, muka tempek bedak sejuk!! mesti derang kunci pintu kedai xbagi masuk kan??
pss : sayang?? baby?? geli tekak zana baca balik.. HAHAHA..
psss : trip g men snowbod sok cancel!! plan nak join kenduri makan2 dat dai pon cancel.. dok diam2 kat asrama.. PADAN MUKA LAGI SEKALI..

2 comments:

nur khairunnisa mohd azuhar said...

tetibe nyebok kat page ni
tp comelnyer keta
:)

marumaruchan said...

thanx!!
slalu2 la nyebok kat page ni :)
ske~