Followers

Monday, June 14, 2010

supra society

yey!!
my 1st supra arrived today!!
bayangkan oder 9/6 malam, 13/6 pagi dah sampai depan pintu..
cool kan?

owh, fresh from US!!
im totally happy today :)

juz imagine how many time i'd screamed today
excited!! excited!! excited!!
bodoh kan?
xkesaaaaah~

and there goes my ¥16000++
thanx to mr master card, now this supra is mine!!
all mine!!
ahahahahaha

harini, punya la excited nak pakai my new sneakers, g jejalan menjelajah bandar hitachi
malangnya, bandar hitachi sangat menghampakan
niat nak g cari starbucks sebab da lama craving for "white choco mocha frappuccino" or "java chip frappuccino"
mengikut logik, depan eki(station ketapi) 4 sure ade starbucks rite?
haram satu habuk pon xnampak + the worst thing is mcd pon da gulung tikar kat ctu
OMG!!
tp, thank god baskin robbins still ade.. sebijik pon jadilah.. FUH~
ni yang rasa nak balik toyama ni..
y with this bandar?
common la, nama bandar da sedap..
"HITACHI" = japanese multinational corporation specializing in high-technology and services
sape xpenah dgr hitachi mmg tpu la..
uuurgh~
malas dah nak letak high expectation dah kat bandar ni
da la bau sangat la bes..
rosak sel otak oo hari2 bau 'semen' which comes from this one kind of pokok
bodoh gila tanam pokok yang ade bau macam tu serata bandar
turun ketapi je da boleh bau...
ur car, ur baju suma ade bau tu je.. geli gila!!
tu la "bau pure ibaraki" HAHAHAHA
tuhan je yang tau..

ok back to the story

nice color kan?
nice design too!!

kasut supra society ni dah lama dalam wishlist since taun lepas.. xingat bila
tp time tu duit gila sengkek
nak prepare duit rumah lagi, duit masuk U lagi
(xbermaksud zana kaya raya skang ok)
nway, besides this color, zana still aim other 2 colors
rose gold n blue
korang bleh la google klu korang berminat ng kasut jenis ni

n here are some of the colors from supra TK society

mr idris got two supra society (grey n white)
tgk dia pakai buat hati terbakar nak angkat satu

pernah tgk video ni?

noticed that justin bieber pakai purple supra TK society and gold blue supra skytop II
xmenahan!!

i know supra skang da banyak ciplak
so beware dari bli yang xori la ye
syukur mine is not

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

excited dress code

hello kitty limited edition tshirt (hard rock cafe, osaka) + unbranded short + supra TK society high cut sneakers

Sunday, June 13, 2010

goodbye my prince

sampai hati kau pergi tinggalkan zana dikala zana sangat memerlukan kau
suka duka kita lalui bersama
setelah 3 taun kita bersama, kini kau pergi dalam sekelip mata
bukan niat zana nak sakitkan kau
itu bukan disengajakan
maafkan zana wahai PRINCE ku yang tersayang

my one n only PRINCE :(

sejak pindah ibaraki ni, boleh kata seminggu tu 3 4 kali jugak la jejak kaki kat court badminton..
ade plak geng yang ske gila main, mmg layan la..
xkesah a main kne sewa court pon..
asalkan puas sambil2 kuruskan badan ni

madan ngn idris dah pon angkat raket mahal
suma zana yang hasut.. hihi~
baru la ade geng raket bergaya..
alih2, harini bukan nasib zana
mmg dari 2 minggu lepas, kalau partner ngn syaza mesti terpukul raket dia la, terdouble la
da calar balar dah raket tu
saket gila bila dengar raket zana bunyi time terketuk raket syaza
sumpah saket, macam kne lempang kat muka rasa

tapi harini rasa macam kne tikam kat jantung....

aduh!! saket gila ah..
separuh nafas hilang.. air mata meleleh, xkira mood yang down lagi..
da la planing nak g taikai
duit pon ngah kering
rasa macam kne tembak ngn machine gun pon ada gak a...

mmg type raket mahal lah, patah pon tali still tegang lagi..
nak cuba betulkan balik mmg xboleh..
macam ni la rupa dia..
skang tergantung kat bilik buat hiasan aka kenangan
sumpah sedih
raket ni macam satu dalam sejuta
xpenah nampak orang lain pakai pon
da la kaler bes, main pon sedap, harga pon bleh bli kasut SUPRA sebijik!!
aaaaaaa~
malam ni tdo bergenang air mata la zana

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

kalau korang penah baca entry zana awal2 dulu (yang ni)
zana ade idamkan satu raket ni..
adakah sudah tiba masanya untuk melahirkan raket baru?
sampai sekarang zana still usha raket ni kat kedai
harga xjatuh2
bodoh aaaa
duit xdak ni

will there be a handsome prince who is so kind to buy me a new prince?
haha LAME!!

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

nway,
to my prince,
may you rest in peace..
i will love u forever
thanx for all the wins
you will be remembered, always..


ps : terbang 19000yen zana cam tu je.. tapi kalau nak kira 5pingat emas raket ni kasik, money is not everything.. kan?

Saturday, June 12, 2010

welcome to our house :)

slamat datang ke rumah ZANA & SYAZA

berlokasi di ibaraki prefecture, hitachi city, ayukawa town
nama apartment kitorang sangat la macho
'MER-CHAMPS II'
macho x? macho x?

baeklah~
jom tgk umah kitorang!!

masukla, panas kat luar tu.. jangan lupa bukak kasut ye~

duduk2 la dulu.. buat macam umah sendiri ye.. nak air sirap ke, air teh?

owh, bukak la tv tu.. tgk la cite yang korang ske.. umah kitorang pakai hikari tv.. nak main tenet pon boleh ha..

eyh, korang nak air sejuk ke panas? lupa plak.. nak pape amik je la lam peti ais tu.. jangan malu2 ye..

nak keropok x? jap g kitorang goreng kropok k.. makan kropok sambil tgk muvi best jugak kan?

jom a naik atas tgk bilik zana plak!! hihi

kat tingkat atas ade bilik syaza ngn bilik zana..

kortang bleh tgk bilik zana je tau.. ye la, ni blog zana xkan nak letak bilik syaza plak.. marah dia nanti..

bilik zana kecik dari bilik syaza.. saje malas nak bilik besar2.. bilik syaza ade beranda.. takut a malam2 kang tetiba pintu beranda terbukak, masuk vampire gigit leher kang.. haaaaa~

tema bilik zana simple n elegent.. accececece~
basicly, zana pilih kaler hitam putih dan pink..
tu la medal2 yang zana menang main badminton kat nippon ni.. (riak la plak)

satu2 nya sumber cahaya dari luar.. tapi bila tutup langsir hitam tu, pasang lampu kaler merah, nyalakan lilin2 wangi tu, romantik jugak :p

katil kesayangan, balik skolah mmg sedap landing cara back flip lompat atas katil ni.. haaaaaaaa~

closet yang sangat besar!! sumpah suka gila!! lagi besar almari, lagi banyak baju nak bli.. hahahaha~

dah2, penat dah jalan2 satu umah.. ade lagi part2 xtunjuk lagi.. masih under construction ye~
amacam?
lawa x umah kitorang?
tema umah kitorang PINK!!
geli2 jugak kan?
hahahahaha

nway, umah kitorang sangat la besar, tapi berbaloi gila la.. sewa umah sebulan 75000yen..
cutting 2, kira murah jugak la..
letrik, air, gas saket jugak la..
tapi xpe, bil dua umah cutting 4 plak..
xrasa sangat..
bilik zana 6.5jyo, bilik syaza 8jyo
living 12jyo, ade kitchen+kichen bar, toilet n shower asing
ade kamera keselamatan, ade jakuzi, ade washlet + parking kete free!!
suma benda lam umah ni tekan je button.. awal2 masuk umah dulu rasa seram pon ada..
konfius nak tekan butang mana.. banyak sangat~

oyasan pon baek hati nak mampos!!
da la xkawen lagi (gatal!!)
macho gila ade keta sport 2 bijik.. pastu seorang drifter!!
ade syarikat import eksport kat tokyo, tapi dia dok keja kat umah je, pakai tenet..
kekadang je dia gerak g tokyo..
ritu dia kne g tokyo, dia cakap dia nak g IKEA
pastu dia tanya kitorang nak pape x.. xkan la nak mintak kan?
tup..tup..
ritu, dia bagi seplastik besar IKEA punya barang..
suma kaler pink... SAYANG AH OYASAN!!
ade ke ritu dia soh drive GTR dia..
gila ka pa? keta manual nak bawak pon ketar2, nak soh zana test drive kat highway!! no way man.. klu dia drive zana kat seblah nak la jugak~ hihi

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

k k, penat cakap pasal umah
len kali sambung plak..

nak cakap ritu zana masak nasi briani la plak.. syaza masakkan kari, sebab zana xreti masak kari @ xnak/xske masak kari.. (padan muka husband zana nanti mengidam kari la kau!!)

amacam? ade gaya x? sumpah jatuh cinta ngn diri sendiri :)

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

proper dress code

3/4 sleeve shirt (coma) + cardigen n jeans (united colors of benettton) + timberland boots

ps : best x umah n bilik zana? dok umah ni, rasa xnak balik malaya pon ada.. ni yang rasa nak sambung master ni.. lama sket dok umah ni.. hahahaha

Wednesday, June 9, 2010

BIANCA the shopaholic

"hai, i am BIANCA and i am a shopaholic"

lambat gila baru tgk cita 'the confession of a shopaholic' (betul ke x tajuk dia tu) <-- LAME!!
bes betul rupanya.. da lama nak tgk tp xterdwld sebab ntah sebok kot.. haha

Supra TK Society
X-Games Black/Pink | SUED

Supra unveiled two new colorways of the popular TK Society today, in honor of the 2009 X-Games. Seeing the Neon Pink/Green accents against the black uppers provides a jaw dropping experience similar to that spawned by the extreme action sports they commemorate. No word on any release dates, but you can be sure you’ll see them on Terry Kennedy’s feet during the games.

haaaaaa... tudia!!
da lama dok simpan dalam wishlist kasut ni.
smalam berpeluh dahi klik2 keybod nak bli kasut ni.
takut xori la, pk harga la, pk bila nak sampai la.
kasut ni kat nippon xdenye saiz kecik buat kaki yang comel ini.
dah kate kasut skate, mesti la gedabak besarnya kan?
owh ya, kasut yang zana bli ni limited edition. ade 600 pasang je dalam dunia ni. katanya la kan..
patut bangga ke x?
bila nak sampai ni... aaaargh~ xsabau dah!!

bertukar crita plak..
setiap hari selasa, nama zana adalah BIANCA
ade satu klas english ni, cikgu dia main letak2 nama apa yang dia suka..
then i got BIANCA (macam nig*r x?) gila racist!!
tau la zana xbrapa nak cerah pon.. huh~
BIANCA pon BIANCA la..
btw, syaza = christina, ramadan = ray, idris = barney
sedapkan nama derang??!!
menci tul~

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

smalam masak nasi tomato ngn ayam masak merah!!
wohooooo~
berjaya!! berjaya!!
rasa macam makan nasi kat rumah terbuka hari raya pon ada..
rasa jatuh cinta ngn diri sendiri plak..
berbakat jugak zana ni sebenarnya (puji diri sendiri)
mana xnya, 3hari berturut2 kne kerahan tenaga masak..
makin hari makin high plak level masakan..
pasni masak meggi je la untuk suma orang makan..
derang ni bukan boleh, kasi betis nak paha..
ade plak yang mintak nasi briani.. amboi aih~

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

puuuuurple dress code

headband, one piece, necklace (forever21) + sneakers (nike) + watch (nixon)

ps : thanx mr idris for the watch.. hihi

Monday, June 7, 2010

panic room!!

pernah x korang rasa takut berada dalam rumah sendiri?
takut nak bukak pintu bila ade orang tekan loceng?
berjalan merangkak2 dalam rumah?
berkurung dalam bilik air bila orang ketuk pintu rumah?
takut nak balik umah?
takut ade orang ikut korang dari belakang?
me?
ADE!!

sumpah cuak!!
bukan main2, eventho zana slalu cakap takut sambil senyum2 dan gelak2..
bila fikir balik mmg kelakar.. sebab tu la zana gelak..

it happened yesterday... can u guys imagine.. pukul 1030malam ade orang naik moto pegi umah korang tetiba tekan loceng.. xde khabar berita tetiba muncul depan umah!!
kalau orang tu mak korang ke, best friend korang ke, mmg berlari2 g bukak pintu la kan..
hmmm~
orang ni zana kenal, sihat, xde mabuk2, muka xde la huduh, bijak la jugak
tapi....
dia STALKER!!
seyes weyh..

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

tru truuuut tru truuut (ringtone soba ni irune)
"zana, stalker ko ade depan umah ak!! ko tahu x?"
"huh??!! maji??!!"
"dia tekan loceng pintu umah ak"
....tuuuuuut tuuuuut tuuuuuut........

"syaza cepat kunci pintu!! cepat kunci!!"
"huh?? nape? nape?"
"stalker depan umah seblah!!"

bayangan seorang lelaki lalu depan umah

tin tong!!
"nak buat camne ni? ak takut!! nak cakap oyasan ke?"
"xpe, tutup lampu ngn tv. kita sorak cni diam2. ak yakin dia xkan masuk nye"
"tp tadi ak xsempat kunci pintu!! kalau dia masuk macam mana?"
"percaya la orang jepun xmasuk umah orang sesuka hati.. seyes.. ko tunggu cni, ak nak tutup tv ngn kunci pintu"
"huuuuuuuuh~ seyes ak takut"
"jap2 ak tgk kat kamera dia blah ke blom"

20 minit yang sangat panic!! PANIC weyh!!
zana pon tatau asal jadi takut semacam.. macam ade pembunuh nak masuk umah pon ade perasaannya~
thanx to the security camera.. lama jugak mamat tu dok atas moto tunggu depan umah..
mana xnya, tetiba lampu terpadam, tv punya kuat tetiba diam..
tuhan je yang tau perasaan time tu..
huh!!

orang tgh sedap nak makan laksa, dia mai buat drama plak!!
then, suma orang pon marah zana.. im sorry.. IM SOOO SORRY..
banyak kali da zana cakap sorry kan?
kenapa derang marah?
sebab dia stalker zana la.. xpasal2 orang lain pon jadi huru hara..

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

(ENGLISH CLASS)
perbualan dalam bahasa jepun

kertas kecil dihulurkan ke arah zana
y : "harini busy?"
z : "x pon.. nape?"
y : "jom jumpa pukul 9 dekat bangunan I"
z : "huh?? 9malam?"
y : "haah.. 9 malam ni"
z : "kenapa? ade ape?"
y : "saje nak cakap benda sket"
z : "?????...."

mamat tu asyek pandang muka zana
z : "faham x ape sensei cakap?"
y : "sket2 la.. dia cakap laju sangat.."
z : "owh.. dia cakap...... bla bla bla.."
y : "nama awak sape?"
z : "shazana.. awak?"
y : "yoshida"

kertas tu tertulis email hanfon

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

mamai2 bangun tdo drive g skolah
jam pukul 920 malam
nak pegi xnak pegi sama banyak
muka dia macam baik
tapi betul ke dia nak jumpa tgh2 malam ni?
da la cakap slow nak mampos.. xdengar sangat.. sora terketar2 plak tu..
kang xpegi dia tunggu plak..
rasa bersalah plak..

bermula la drama bodoh zana dimana zana yang mencari masalah sendiri

y : "hai.. datang jugak.. lama saya tunggu.. ingat zana xdatang dah"
z : "sory2.. tetido tadi.. asal nak jumpa? nak cakap ape?"
y : "............."
z : " hum?"
y : " jom kapel?"
z : " huh??!!" (rasa macam kene penampar tetjaga dari tdo) "biar benar kau"
y : " betul la.. saya suka awak"
z : " wait..wait..wait.. saya baru jumpa awak tadi dalam klas.. baru cakap kejap je.. kenal pon x, awak nak ajak saya kapel?"
y : "saya tengok awak dah lama.."
z : "eyh, jap jap jap.. saya xpernah nampak awak pon.. bukan ke awak baru masuk ke klas tu?"
y : " minggu lepas saya nampak awak kat klas english tu.. masa tu awak pakai suit.. lagipon ade satu klas lagi yang kita amik sama2"
z : "huh??!! (blur~) asal awak suka saya?"
y : " ntah.. cinta pandang pertama.. lepas nampak awak trus saya jatuh cinta"
z : (rasa macam kena penampar skali lagi kat muka, nak muntah pon ada) " ........ "
y : "boleh x?"
z : "tapi saya xkenal awak"
y : "lelaki yang slalu jalan ngn awak g klas tu boyfrend awak ke?" (aka ramadan)
z : " xla.. tu kawan saya"
y : " fuh.. lega!! kalau tu boyfrend awak, saya nak givup dah.. awak ade boyfrend x?"
z : "xde" (stupid answer!!)
y : "habis tu jom la kita kapel"
z : "saya rasa baik kita kawan dulu.. saya xkenal awak pon tetiba nak kapel.. gila ka pa"

borak2 sket dalam kreta dalam kawasan U tu ditemani cahaya lampu jalan dan beberapa orang student yang baru habis klas malam time tu..
dapat tau serba sedikit tentang mamat tu..
i tot he is a nice guy until..

y : " kecik nya tangan awak"
z : " eh, mana ada.. kira besar la ni nak banding ngn pompuan lain"

tangan dia mula menarik tangan zana.. OMG!!

z : "nak balik dah la.. da lambat ni.. janji ngn kawan nak makan sama2"

then, dia sandar kepala kat bahu zana.. OMG!! OMG!! padia ni!!

z : "eyh.. eyh.. jangan dekat.. saya busuk la"
y : "x.. awak wangi la.. saya suka bau awak"

mati la ak malam ni.. zana da mula mengelak sampai rapat ke tepi pintu kereta.. tangan kat atas, macam orang salah kena tahan polis da rupa..

z : " seyes dah lambat ni.. kena balik dah ni"
y : (muka sedih) " lain kali kita kuar makan ke, driving g memana ke, ok?"
z : "tgk la kalau ade masa zana msg la nanti"

dia nak peluk plak pastu, tapi zana dah bukak pintu keta lari kuar.. seyes GILA SEX ka hapa mamat ni..

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

sumpah hari tu, zana pakai jeans, kemeja+cardigen.. mmg macam lelaki.. xcomel langsung.. for sure da lama dia target zana ni.. dats y zana panggil dia STALKER!!
he keep on calling, msg n macam2 lagi..
most of the time zana buat tak tau..
ade skali tu zana lupa nak save no dia n zana terangkat call dia.. dia nak jumpa kul 11 malam!! siap nak datang umah lagi.. WTF? hang gila ka hapa? bila tanya asal nak jumpa, dia cakap saje nak jumpa, sebab lama xnampak zana.. takut kan?

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

one day zana yang naive ni terperangkap dengan tipu helah sang STALKER

y : " awak datang solah naik kreta ek?"
z : " haah"
y : "tolong hantar saya balik umah boleh?"
z : "aaaaaaaaa... ok (xnak sbnarnya) tapi 2 kawan saya ni pon naik jugak tau (idris+ramadan)"
y : "xkesah"

bla bla bla

y : " nak tau umah awak boleh?"
z : "harini sebok ade keja nak buat, nak balik cepat la" (means xboleh la bangang!!)
y : " ok"

(dalam kereta)

z : "macam mana nak g umah awak ni? cakap la jalan"
y : "tunjuk umah awak dulu, kat sana baru saya cakap jalan nak g umah saya"

WTF with u man?!! mmg time tu panas gila.. n budak blakang bising2.. n zana ngn bodoh nya g bawak tunjuk umh tapi cakap no umah idris+madan which is seblah je umah zana.. STUPID STUPID STUPID me!!
how can i think in such a short time? glabah, blur, marah berapi2.. xkluar satu idea yang bernas pon time tu..
dan dengan kebodohan melampau tu, skang nak kluar umah pon takut.. 24hours kunci umah.. habis je klas yang sama ngn mamat stalker tu, trus cabut lari cepat2.. takut kena kejar.. g mana2 pon pandang kiri kanan, takut terserempak ngan dia.. nak balik umah pon takut dia tunggu depan umah.. da xleh jalan sorang2 da skarang.. kna ade bodyguard.. OMG!! sangat stress hidop ini..

sebagai denda smalam rumah idris+madan kne serbu ngn stalker, zana kne masak time giliran derang masak.. i know i know.. im wrong.. so smalam zana masak laksa (sptutnya idris punya turn masak) n harini zana masak nasi ayam (madan nye turn msak).. i bet hari2 derang berdoa supaya stalker datang serang umah derang slalu.. xpayah masak dah.. hahahaha
tp xpe la, zana x marah.. zana ikhlas masak sedap untuk suma orang.. prob ni pon zana yang stat.. trying to be friendly to a wrong person who turned out to be a scary stalker.. OMG!!

nway, pas tgk derang makan licin nasik ayam tu, perasaan sangat happy.. perut sendiri pon kenyang.. sebab tu terhasil entry panjang berjela-jela ni.. suma orang pon cakap nasik ayam tu sedap.. hihi.. nice 1st try for nasik ayam!! wohoooo~

list of benda yang zana menyesal :
1) menyesal gila g jumpa mamat stalker tu di malam kejadian
2) menyesal tunjuk umah
3) menyesal jadi naive
4) menyesal x alert ngn keadaan sekeliling
5) menyesal cakap XDE BOYFRIEND!!

hurm.. da lama xupdate my wardrobe

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

pinkish dress code

pink one piece (RDI) + leggings (tutuanna) + headband n handbag (forever21) + wedges (bonita) + watch (roxy)

ps : bila tgk balik rasa macam comel plak.. sendiri pakai rasa pelik2 pon ade.. + madan ngn idris cakap baju ni aneh.. i wonder y~