Followers

Monday, March 1, 2010

kolej ku dalam kenangan (part1)

oklah, idea makin kering.. makin hari makin xtau nak tulis hape.. banyak sangat nak kne setle skang ni.. so, zana bawak korang pusing2 kolej zana la.. untuk part1 ni, jom kita kira brapa banyak vending machine lam kolej zana yang buruk lagi hodoh ni.. haha^-^

orang slalu kate, jepun ni setiap 500m mesti jumpa vending machine.. boleh kata vending machine punya syorga la kat cni.. bukan stakat banyak tapi macam2 jenis.. kadang2 xpernah terbayang pon vending machine camtu boleh wujud.. dari rokok, newspaper, telur, fresh milk dalam botol sampai la ke kondom.. suma nak jual pakai mesin empat segi tepat ni.. kalau kat malaya dah lama kena kopak rasanya..

tapi zana xnak cita lagi pasal vending2 yang aneh2 tu.. zana nak tunjuk korang vending machine dalam kolej zana je.. tgk tajuk post pon dah tau kan? hihi

empat ketul vending machine ni ade dalam asrama kolej zana..

yang kiri tu jual air kotak.. ade jus buah-buahan, susu, air coklat, kopi dan sebagainya.. yang kanan tu plak jual makanan ringan.. roti, waffer, gummy, keropok2, meggi pon ade tau!!


yang kiri ni plak jual eskrem!! mesin ni feveret zana :) ngeeee~ yang kanan tu jual air botol ngn air tin.. yang ni kira biasa kot.. ade air teh, aquarius, mineral water, kopi panas, coke etc etc..


ni kira contoh, makanan yang boleh kuar dari mesin2 tu.. 2 ni kira feveret ah!! rasa lapar tgh2 malam, xperlu risau lagi :p

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

ni plak vending machine kat kawasan bangunan skolah


kiri ngn kanan xbanyak beza.. cuma jenis minuman je kot lain2.. kalau korang tgk betul2, dekat bawah jenis minuman tu ade kaler biru atau merah.. biru tu tandanya minuman sejuk, merah plak minuman panas.. bukan stakat minuman panas, sup panas (corn soup) pon ade jual tau!!


kali ni lain sket kot.. yang kiri tu air dalam cawan kertas tu.. kat malaya ada rasanya, tp dulu-dulu aa.. skang susah dah nak jumpa.. kalau minuman sejuk (kaler biru) tu macam besa la ade letak ais.. tapi kalau minuman panas (kaler merah) korang leh pilih nak gula/susu tu lebih/kurang.. bes x? bes x? yang kanan tu, jual air kotak, tapi bila tekan dia xjatuh gedebuk-gedebak tu, ade macam alat dalam mesin tu amik satu2 dr tempat air kotak tu.. macam mana nk cite eyh?


yang bagusnya vending machine corner ni, seblah dia mesti disediakan tempat buang sampah2, botol, tin, cawan kertas yang kuar dari mesin tu tadi.. tapi xbleh main buang ske hati je.. sila buang ikut lebel yang dia tempek kat tong sampah tu ye..

yang ni kira vending machine x? contoh macam kat foodcourt malaya la kan, kalau nak oder makanan kne g kat kaunter pembayaran, bayar astu dapat macam kupon tu, baru g oder kat kedai makan kan? ni lebig kurang tu jugak la konsep dia.. cuma pakai mesin.. sebelum masuk kantin, masuk kan duit dalam mesin ni, pilih jenis makanan yang korang nak makan, tekan butang, nanti kuar a kupon makanan..



kira2 ade 9 ketul la vending machine kat skolah zana ni.. banyak? tatau la kan.. zana rasa dah macam banyak je.. sebab kat skolah sains pokok sena (saina) dulu, sebesar2 skolah tu ade 2 ketul je vending machine.. kat UTM, kl plak macam xpenah nampak pon vending machine.. kira culture shock jugak la datang cni kan..

ingat lagi waktu kat saina dulu.. ade la satu vending machine jual air tin kat asrama ni.. sekejap je, air dalam tu dah habis.. nak2 plak air cincau feveret zana tu!! mmg malam jadi xleh study a kalau time mengidam nak minum tu xde.. yang paling ingat, ade la member zana ni, suka dia korek mesin tu guna tangan.. masukkan tangan ikut bawah lobang jatuh air tu, agak2 dapat capai setin air, tarik sket, kompem minum free a.. xpon time masuk duit tu, tekan dua butang skali.. kalau nasib baik, turun dua tin skali.. mana xrosak vending machine kat malaya kalau camtu kan? hahahaha..

yang bencinya abang vending machine tu buka nak datang topup air slalu.. dah tau ade seketul je mesin dalam asrama yang ade dekat 400 orang tu, kompem2 la berebut sakan!! bukan suka2 hati boleh kuar outing kan? marah betul zana!! tapi kat nippon ni, usah risau.. xsempat habis dah dia datang topup.. xde la kempunan malam2~ hihi^-^