Followers

Sunday, February 21, 2010

japan tour part 2

boleh rujuk japan tour part 1
okey, kali ni zana nk cite pasal jalan2 zana ngn amed plak sewaktu summer hols 2009 yang lalu.. buat pengetahuan korang, amed ni zana nye skoolmate dulu.. timing nak datang dah lawa, tapi cakap last minit.. so, zana dah terbeli tiket balik malaya.. sebab dia da mintak tolong bawak jalan2, zana spend zana punya last 3days kat nippon pas cuti skola b4 balik malaya ritu ngn dia..

alang2 dah cuti skolah, kaki ni boleh la jalan jaooh sket.. kali ni zana offer diri turun tokyo sebab alang2 boleh balik malaya trus pas jalan2.. bagetnya flight nak balik malaya tu dr tokyo..ropanya salah!! tapi xpe, jalan je la~

hari pertama.. pas zana setle hak imigresen suma, zana cadang nk bawak dia g jalan2 AKIBA.. ala, bandar elektronik tu.. yang bersepah2 maid cafe, otaku2, gadget2 sekalian alam.. tujuan utama nak kasik dia rasa pengalaman masuk maid cafe tu.. mmg pilihan zana tepat!!! berdarah hidong dia dek gadis2 dalam maid cafe tu~ xtipu!! hahaha..

dalam maid caffe tu xbleh amik gambar.. so xde la gambar ropa2 maid yang comel2 tu.. tapi gambar sekitar akiba ade la zana letak sekeping dua.. letak banyak2 nanti boring plak.. owh ya, sebab zana pon xbijak lagi selok belok akiba ni, zana ajak skali sorang mmber yang mmg sedia dok bertapa kat akiba ni teman kitorang :)


shoping2 sket, bli gundam hadiah utk adik zana suma, cenderamata buat family sekian, window shoping sket, zana bawak dia g makan zaru udon.. xhabis dia makan!! myb xbiasa kowt~

dah puas pusing akiba, lari kejap g shinjuku.. sebab hari pon dah malam, takut terlepas last train nk balik umah mmber, kitorang pusing2 kejap je la kat shinjuku tu.. g tgk tempat2 penting kat shinjuku, astu balik tdo~
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
keesokan harinya, awal2 pagi lagi kitorang dah berangkat.. hari ni kalau boleh kitorang nk g banyak2 tempat sebab malam nanti dah nak naik bas gerak g osaka plak.. jadi destinasi 1st kitorang adalah ODAIBA. hari kami jalan berdua je, jadi tema foto hari ini, ak tangkap kau, kau tangkap ak~

odaiba ni orang cakap kalau pergi bercouple baru bes.. tp xpe la, even kami xde pape, kami still enjoy je.. lagipon kami nk g tk gundam BESAR tu!!

united states of odaiba!!

sila makan takoyaki panas2 sambil berdiri depan fuji terebi!!
yang bangunan ade benda bulat tu, nama dia stesen tv fuji terebi.. kira stesen tv paling gempak kowt kat nippon ni.. ala2 tv3 gitu~


yaaaa.. ini dia gundam scale 1:1 yang berdiri megah kat odaiba tu.. sumpah ramai nak mampoih g tgk dia.. seb bek dia xleh gerak je.. kalau x mmg porak perandak nippon ni mcm cite otromen tu!! manusia ni mcm besar lipas je klau nk banding ngn saiz dia tu.. beratur panjang nk sentuh kaki dia.. dah macam dewa dewi.. fyi, benda robot ni dah xde skang kat odaiba ye.. ritu dia letak kejap je.. nanti bila ade olympic kat nippon baru dia bawak kuar balik.. xpon kalau tetiba raksasa datang serang nippon automatic die muncul punya :p

lenguh kaki round odaiba, kitorang gerak g HARAJUKU plak.. harajuku pulak terkenal dgn bandar fesyennye.. tapi bagi zana harajuku ade dua je, kebab ngn forever21!! yang lain xpandang dah.. hihihi


gambar wajib bagi pelancong yang pertama kali menjejakkan kaki ke harajuku!!

tgk la belakang tu.. berjuta rakyat dok bershoping.. time bli makanan kat bazar ramadan time bulan posa pon manusia xramai lagu ni weyh.. ini fenomena biasa di harajuku especially weekend.. kat cni jugak korang boleh usha stlye gothic, lolita, punk, emo, cosplay., bla bla bla.. macam2 ada~

ok, next SHIBUYA.. ni pon terkejar pegi sebab nak tunjuk dia big cross kat shibuya tu.. big cross tu popular sebab kalau kate filem nippon yang berlaku kat tokyo je, kompem big cross ni timbul seminit dua.. dalam tokyo drift pon 2 3 kali dia tunjuk..



ni la big cross tu.. kalau datang nippon xjalan atas big cross kira xlengkap percutian korang kt nippon ni.. susah la kalau sambil jalan pon nak snap gambar kan? kompem gegar!!

rush g ueno semata-mata nak salah satu hard rock cafe kat tokyo ni.. "Hard Rock Cafe Ueno-Eki" ni pon kalau x g rugi wooo!!

dan selepas itu, kami naik bus kul 1130 malam menuju ke OSAKA..
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

selamat pagi OSAKA!! pukul 630pagi celik mata smpai dah destinasi kitorang.. g cybercafe, baring sejam dua, mandi2, planning tuk hari ni suma, trus gerak.. tujuan kami datang osaka sbnrnya, esok tu flight zana balik malaya tu kne naik dari kansai airport kat osaka ni.. terpaksa la gerak awal sehari + alang2 dah kne turun osaka, baget nak round2 sampai saket urat b4 balik..
bila sebut osaka, komfem Universal Studio Japan (USJ) adalah tempat wajib pergi bagi pelancong sekalian alam.. disebabkan zana pon 1st time datang osaka, kami plan lepak USJ sampai lebam!!

lepak xbermaksud, duduk termenung isap rokok ye kawan2.. bayar, masuk dan berebut2 naik segala mcam ride yang ade dalam tu.. manusia dalam tu mak ai, macam pegi haji.. ramai gila!! nak naik satu2 ride mau berpeluh ketiak beratur.. seb bek kami bayar lebih, aci potong2 line ah~



last pic together.. even kitorang penat, kitorang have fun!!
lagi-lagi tempat wajib pergi.. "Hard Rock Cafe Osaka City"
b4 b4 balik tdo kat cap sule hotel, kitorang pusing2 sket sekitar universal city walk tu.. banyak nye, kitorang shopping, especially amed la sebab dia kan pelancong.. zana bila2 pon boleh datang lagi..

amik last train, balik hotel, makan2 sket, tdo.. soknya nak kejar flight kul 11pagi.. xgerak awal, nanti kne tinggal flight plak..
soknya, amed hantar sampai epot, lambai2, trus naik flight.. si amed ni, pastu pepandai dia la nak gerak camna.. lagipon dia lelaki, xpayah risau.. sebab sepanjang jalan2 tu pon zana ade ajar sket sebanyak cara nak guna train dan sebagainya.. dan dia survive sampai la dia balik malaya 10hari lepas tu.. ade jugak la kawan2 lain teman dia pastu..

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

nway, tu je japan tour buat tahun 2009.. best jugak jadi tourist guide sebenarnya.. 8/3 ni mama zana pulak nak datang.. banyak tempat lagi nak bawak mama jalan2.. korang2 pon kalau nak datang nippon bleh je nak zana teman jalan2.. no hal!! tapi kne cakap awal2 la.. bleh zana plan, adjust cuti suma.. kalau last minit baru bagitau, mmg jadi macam derang la.. 2 3 hari je dapat teman.. xdapat nak layan ngn proper!!

ps : AIR ASIA X dah nak sampai nippon!! tiket murah weyh.. mai mai nippon!! kite jalan2 nak?

1 comment:

xxZR said...

naaaaaaaaaaaaaakkk!!!