Followers

Wednesday, February 10, 2010

tiada tajuk

saya seorang pelajar 電子制御工学科(electronic control system) di sebuah kolej bernama 国立富山高等専門学校,射水キャンパス(toyama national college of tecnology, imizu campus)
dengan memilih course ini mengakibatkan saya terpaksa belajar tentang 機械工学+制御工学+電気工学(mechanical+system+electric)
keuntungannya, saya boleh memilih 3 jenis course seperti yang dinyatakan diatas ketika melanjutkan pelajaran ke university kelak..
kecenderungan saya meminati subjek2 mechanical berbanding electric mendorong saya melanjutkan pelajaran di ibaraki university dalam jurusan mechanical engineering..
tetapi, secara kasarnya, subjek yang saya belajar nampak macam berat kepada electric!!
OMG!!

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

sudah kau berbahasa skema.. nyah!! nyah!! nyah kau dari sini!! semak!! semak!!
bila fikir balik, macam mana la nanti bila dah masuk U.. orang lain da blaja banyak, zana still terkejar2 baru nak blaja yang basic.. orang cakap masuk U boleh senang lenang, kelas pulak bukan full day, bunyi macam sonok je kan? tapi zana xrasa zana akan jadi macam tu kowt :(

research zana plak berkaitan control system.. kadang2 terfikir jugak.. ape dia control system tu.. otak sejengkal ni slalu bayangkan robot je.. dari kecik dok berangan2 nak buat robot.. ingat buat robot tu macam buat meggi ke? 5 minit da siap.. hmm.. menyesal pon ade buat research ni.. suma nak kena tau.. yang membencikan bila kne deal dgn program dan litar.. nak kne cari kat mana masalah yang buat litar tu xberfungsi..

hey!! bukan boleh nampak ngan mata!! tu menyampah tu.. cukup xberkenan dengan benda2 ghaib ni.. benda2 abstrak yang xboleh nak sentuh ni.. macam mana nak tau rosak ke, tersumbat ke, pastu nak kne try satu2.. bila xsuka, mula la nak mengamuk.. mula la jadi malas.. benda simple pon fikir susah..sama la macam blaja bio dulu.. mane nak nampak suma2 usus, perut, ginjal ntah pape tu.. xboleh rasa, pegang whatsoever.. mmg zana anti subjek bio!! shuh..shuh.. pegi jaoh2.. 

skang tgh stuck kat programming.. last dah.. sket lagi research zana nak sampai matlamat.. tapi tetiba litar ngn program buat pasal.. sebelum ni ok je.. litar yang sama.. program ja baru.. tapi cilok yang taun lepas punya, for sure gerak la, kalau taon lepas ok je.. da 2 minggu mengadap benda sama, mula la naik marah.. fikir kot sana xbetul. kot sini xbetul.. menci aaargh~

givup ah buat robot jaddah ni.. blaja buat karipap, carik dato-dato kaya, kawen lagi senang..


sebab dok fikir benda ni la tiap2 malam, zana xdapat nak fikir entry ape nak letak dalam blog setiap hari.. bila xde benda best, rasa nak update blog pon hilang.. ye la dari kul 9pagi-8malam stuck dalam lab, mengadap benda ni je.. nak main2 tenet takut kantoi ngn sensei.. kang xpasal2 kne sound.. hish..
harini padan muka sensei kne tipu ngn zana.. celik2 mata, tetiba rasa malas nak g lab.. trus tarik slimut, msg member cakap "xsehat,kne makan ubat, kne rest, g lab lewat sket, sorry, tolong cakapkan kat sensei".. bangun tghari, rasa puas hati.. tapi dalam hati cuak jugak nak bagi alasan saket apa.. muka sehat ceria je.. "dah sehat??" tanya sensei.. "dah.. saket pompuan je" bohong zana petang td.. bes jugak jadi pompuan kan? :p
sejak2 xde duet nak bli benda merapu meraban kat koop skolah, hari2 minum green tea.. sebabnya green tea tu berkotak2 ade kat lab.. ntah sapa baek hati g letak lam laci cabinet.. tetiba rasa macam orang jepun, bila bercakap mulut bau teh.. yucks!!
belek2 gambar dulu2, tetiba terjumpa gambar ni


kiri : abaikan akira(bukan nama sebenar) sedang pose seperti mau mengorat tu.. cuti golden week pertama zana kat nippon.. lepak2 tokyo jumpa x-boipren dan kawan2..
kanan : hari ini dengan muka malas g skolah dan tekanan jiwa.. ngahahaha
owh, i'm wearing the same shirt i wore last 3years.. hmmm,xde banyak beza pon.. tapi nape macam dah gemok je?? perasaan je kowt..
ok, xtawu tulis apa lagi.. salji pon da cair mair, tinggal hujan becak2, so xde gambar salji untuk di snap lagi :(
daaaaaaaaa
ps : nanti kalau rajen zana cita la pasal "golden week".. kne carik modal dulu..
ade tips2 macam mana nak jadi popular kat nippon x? berfikir..berfikir..

2 comments:

Anonymous said...

seyes smbng mechanical? pergh..
seizu gambatte..;p

syazfir said...

best ni programming.... bleh wat henpon...