Followers

Tuesday, August 3, 2010

kisah hencik bee

haaaaaa
sape prasan bende baru kat blog?
arini tetiba rajin jalan2 bace blog orang n rata2 suma blog dah ada benda ni..
xnak la blog ni orang kata xup-to-date
so, zana dah add 'like' button kat setiap entry
sekadar nak baca xnak klik like pon xpe
xpaksa
sebab ade button tu cam macho sket rasanya
ngeeeee~

kipas siling umah dah mati..
lama dah
jeles la tu zana asyik berkepuk lam bilik 24hours
harap kipas stand ni xpower
cuba cari benda baru nak buat
tp xdak idea
sapa2 ada idea?
kepala asyik pk pasal kedit card xabih2
xtenang idop
cepat la esok.. nak setle cepat2 ni!!
panjang plak intronya
skip to the story

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

kesah ni dah lama. gambar simpan pon dah lama. mmg plan nak buat satu entry. tp, maklumla kalau dah bahagia sumanya lupa.. eyh, apa kaitan?

bagi sapa2 yang xprasan or xtau, zana dah berpindah dari toyama(富山) ke ibaraki(茨城)


menyambung cita2 la katakan.. suma orang sambung degree, kita pon sambung degree.. skang dah sedikit menyesal.. kisah menyesal tu kita cita len kali..

dimana kita..
owh ya, dari B (toyama) ke A (ibaraki).. ikut google maps ni dia tulis kalau nek keta ikut highway jarak dia lebih kurang 534km.. agak2 7jam perjalanan kalau mematuhi hadlaju ngn +- trafic light suma.. jauh x? agak2 dari perlis g melaka la jauhnya.. orang tua2 cakap "nak menuntut ilmu biar sampai ke negeri china".. kalau dah sampai ke jepun macam mana atuk nye? wut the fish??!!

xdak beza sangat dua daerah ni.. dari tepi laut timur pergi tepi laut selatan.. bau hanyir pantai tetap sama.. tapi cuaca sangat berbeza.. dulu salji turun, kalau bukak kedai ABC, setaun jual xhabis.. skarang salji nak buat biji mata snowman pon xlepas rasanya.. dulu mandi pantai tiap2 ujung minggu setakat burn sket2 apa kesah.. skarang nak kuar rumah pon melecur kulit.. bazir a duit pakai SKII.. xgitu??!! (gila gedik)

jump to the main story
bila dah tukar tempat baru, no plet kreta juga mesti tukar baru.. erk, mesti ke? tapi dinasihatkan tukar baru la..
kang engkau sorang pakai no plet lain kat tempat tu, xpasal2 kne raging ngn keta2 lain.. plus, b4 ni keta ni bernama orang lain.. atas sebab2 tertentu xdapat nak letak nama zana sendiri.. panjang crita eyh~


okla, meh la nak story sket sistem pemilikan kreta kat jepun ni.. sure ramai nak tau kan? (poyo je) macam kat mana2 pon, bila bli kereta mesti la kna bayar road tax dan berbagai tax lagi
di pendekkan cerita, kalau ade kereta, mesti la kena ada tempat parking kereta.. mana boleh park kereta merata2.. jepun bukan negara china atau india, tanah berlebih2.. so, setiap kereta wajib ada satu parking kereta berdaftar.. kira tempat tu dia punya la.. tapi xbermaksud tanah tmpt letak kreta tu dia punya.. kang dok p bina rumah plak atas tanah tu, mau kena baling slipar ngn tuan tanah.. engkau tu menyewa/meminjam aja..

okeyh, g balai polis, isi borang, lukis plan parking lot, tulis alamat, mintak chop tuan tanah suma
nanti ada la polis datang check, betul x korang ade parking situ, muat x keta korang tu kat parking tu.. kalau dah paking muat moto kapcai sebijik nak letak harrier mmg xlepas la kan.. plus, parking keta tu mesti la dalam lingkungan berapa km ntah dari alamat pemilik.. kalau kate duduk cheras, nak daftar parking kat area KLCC xboleh jugak!! kalau suma cukup syarat, seminggu pas tu boleh pegi balai amik surat sah.. (ayat terabur, sila geleng kepala tanda kekesalan anak melayu skarang dah xpandai guna bahasa melayu dgn betul)

itu baru sahkan parking, tukar alamat ngn tukar nama pemilik je.. kendian, (cara opah zana slalu sebut word kemudian) baru bergerak ke pejabat JPJ ala nippon punya style (apa jadah nama dia sudah talak ingat ma) sambil bawak surat dr balai tadi, surat shaken (cukai kereta) dan ade sedikit borang lagi yang kena isi.. (orang jepun mmg camni, segala borang nak kne isi) sebagai warga asing, anda boleh skip benda susah sebab trus ja bagi kat kaunter pertanyaan, nanti dia setlekan suma2.. hahahaha.. nanti dia bagi satu peta macam main treasure hunt, pegi la engkau kat check point2 terbabit sambil buat muka innocent.. (kalau buat muka innocent, nanti derang ringan ati nak tolong sket) lepas berkejar2 ke beberapa buah bangunan sekitar kawasan, dapat la no plet baru.. perlu diingat, no plet lama perlu di cabut sendiri, dan no plet baru juga harus dipasang sendiri ye kawan2.. (tapi kalau engkau tu pompuan, sila buat muka comel dan lagak macam xpernah pegang skru driver.. macam zana, ade je yang sudi membantu.. hikhik)

no plet xboleh pilih ke? sape kata? buleyh!! buleyh!! sama je macam kat malaya.. kne book dulu no tu, kalau ade, nasib engkau la.. kalau xde kirim salam la ye.. al-kisah no plet ni plak, xsama macam no plet kat malaya.. ada dua jenis je.. pastu xbleh suka2 hati engkau nak style macam mana yang engkau nak.. satu yang macam kat kereta zana tu (yang biasa), satu lagi yang jenis glow in the dark.. orang kata yang glow in the dark ni slalu nya geng2 yakuza aka pakya ja pakai.. kalau nampak kreta macam ni atas jalan malam2, jangan carik pasal dok menyondol atau angkat lampu tinggi kalau xnak kne pancung.. tapi, orang biasa pon boleh pakai.. engkau kne bayar lebih sket la.. mudah je..

owh ya, no plet kereta kat nippon xsenang2 engkau nak cabut.. skali pasang sampai mati la kau pakai no tu, melainkan engkau yang nak tukar no baru.. kalau tgk gambar yang blah kanan tu.. kiri atas no plet tu, ada extra besar punya skru kan? dia letak macam satu seal kat ctu.. setiap seal tu ade chop daerah masing2.. so skali dah seal mmg xleh bukak lah kan? kalau nak bukak jugak, kne kopek seal tu dan xkan dapat cari yang baru melainkan kat pejabat JPJ.. ini la caranya derang nak elak kereta curi dan sebagainya.. no plet yang dah dicabut tu plak, mesti kasik kat kaunter no plet utk tukar dgn no plet yang baru.. so xdak chance la nak menipu kan..

kalau la boleh bawak balik no plet ni.. mmg letak dalam frame.. sumpah sampai sekarang xingat no plet kreta sendiri.. ngeh..ngeh..ngeh..

so, mana no plet baru? lupa tangkap gambar da.. nanti a update bila da balik nippon..

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

okeyh, next story
ade skali tu, zana nak balik toyama kejap nak setle hal2 kat skolah.. pindah ritu banyak bende tertinggal lagi.. disebabkan sabtu skolah, zana ade satu hari je nak pergi balik ibaraki-toyama.. zana kan pelajar berwawasan, mana bleh ponteng skolah :p (uwek, sila muntah) disebabkan ada sehari je kat toyama dan komfem2 xdak masa nak berlepak2 ngn warga toyama, zana diamkan saja plan nak g toyama tu.. malas nak crita, nanti xdapat jumpa sedih plak.. plus, tgh bulan2 world cup sure nak balik cepat kejar match.. kan? kan? kan?

mmg nak dijadikan cerita, malam nak gerak tu, nak g isi minyak full.. nak jalan jauh la katakan.. cantik punya turunkan tingkap keta, kasik duit kat pakcik stesen minyak, nak tutup tingkap xboleh.. tekan2 dia xnak naik.. nak bagi lagi drama, time tu jugak hujan turun lebat.. mak ai, macam cita romantik plak, hujan berbagai.. hotel dah tempah, ngn orang skolah dah janji, minyak dah isi full.. mula nak nanges.. tu la pompuan, benda jadik sket nak panik.. kedai baiki kreta mana nak bukak malam2 kat nippon ni.. seb bek on da way tu ade autobucks.. tu pon dia dah tarik pintu kedai nak tutup dh.. myb dia tgk muka budak pompuan sorang ni macam kucing hilang anak, dia gagah tgk2kan jugak keta tu..

'kitorang xde spare part dia la dik, kne g workshop VW jugak baru leh repair'

suara serak2 nak nanges menjawab

'macam mana nak buat bang.. hari hujan ni.. kalau biar basah la keta'

'ok2 kitorang cuba'


tudia, lawa punya plastik biru ngn selotep warna-warni..

percaya x, dgn keadaan kreta camni la zana pecut 534km td tu tgh malam sampai toyama.. tgh jalan berapa kali breti repair sana sni nak bagi kurang bunyi bising angin masuk dalam kereta.. radio yang ade wooper tu pon xleh menang ngn bunyi bising macam guruh tepi telinga tu.. mmg dugaan dan cabaran.. lepas 6 jam bersabar, akhirnya sampai jugak toyama..

pagi tu jugak, trus anta g workshop kat toyama.. tu la salah satu sebab berdegil jugak zana nak ke toyama.. mmg dah tau kat mana nak repair.. kat ibaraki, belum tentu kat mana nak repair.. sebab xde kenderaan terpaksa jugak contact budak toyama sevara mengejut.. sorry sangat2 datang xcakap.. last2 susahkan derang jugak.. nak gerak g skolah xde kreta.. tunggu hencik bee siap mmg berdarah hidung la.. xjadi suma keja..

ritu dia kasik kopi panas, kali ni kopi ais plak~
servis tamau kalah.. thanx VW toyama!!

dgn rasminya terbang duet ku melayan kerenah hencik bee.. baru rosak tingkap sebelah je dah kne dekat rm800.. gila ke hapa.. tuan dia yang ginjal kne jangkitan bakteria pon kne rm300 ja.. ini sudah melampau!!

nway, thanx to bebudak toyama yang membantu dan sory xbagitau nak datang.. nanti kalau ada pluang zana datang lagi, n kali ni kita ronggeng puas2.. jutaan terima kasih kepada mr I yang went tru up n down sepanjang perjalanan.. sorry sangat50x match england malam tu terlepas..

ps : balik tu punya nak kejar match bola, toyama-ibaraki 4 jam je zana pecut non-stop.. sampai umah sok nya tu saket blakang xleh bangun.. huhu~

(gila, tertulis entry sangat panjang)

1 comment:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

mak aii~

mahal gila tu~

T__T

tapi dear, berapa harga no plat sana eks?